Skip to main content

Dunia

Perang Amerika, Israel dan Iran: Trump mungkin tolak cadangan damai kerana Iran 'belum tanggung akibat cukup besar'

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata beliau belum lagi menyemak kandungan cadangan damai Iran yang baharu, namun berkata beliau tidak mungkin akan menerimanya kerana Iran belum lagi "menanggung akibat yang cukup besar".

Anggaran Waktu Membaca:
Perang Amerika, Israel dan Iran: Trump mungkin tolak cadangan damai kerana Iran 'belum tanggung akibat cukup besar'

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump bercakap kepada media sebelum menaiki Air Force One di Lapangan Terbang Antarabangsa Palm Beach pada 2 Mei 2026. (Gambar fail: Reuters/Nathan Howard)

Diterbitkan : 03 May 2026 10:07PM Dikemas Kini : 03 May 2026 10:09PM
  • Donald Trump menyatakan beliau belum meneliti cadangan damai Iran dan tidak mungkin menerimanya kerana Iran belum menanggung akibat besar.
  • Israel mengarahkan ribuan penduduk di selatan Lubnan berpindah selepas konflik dengan Hezbollah meningkat pada 3 Mei.
  • Iran menegaskan rundingan dengan Amerika Syarikat hanya boleh disambung jika gencatan senjata di Lubnan dikekalkan.
  • Pertempuran antara Israel dan Hezbollah masih berlaku walaupun terdapat gencatan senjata berasingan bulan lalu.
Dijana oleh AI
FLORIDA: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata beliau belum lagi menyemak kandungan cadangan damai Iran yang baharu, namun berkata beliau tidak mungkin akan menerimanya kerana Iran belum lagi "menanggung akibat yang cukup besar".

Kenyataan Encik Trump di media sosial menyimpulkan hari di mana beliau secara terbuka memikirkan tentang kemungkinan melancarkan semula serangan udara, iaitu isyarat bercampur-campur terkini sedang beliau berusaha menamatkan perang yang dilancarkan lebih dua bulan lalu.

Pada Ahad (3 Mei), Israel mengarahkan ribuan penduduk Lubnan supaya meninggalkan perkampungan di selatan Lubnan, iaitu peningkatan perang antara Israel dengan Hezbollah yang berlaku selaras dengan perang Iran dan boleh merumitkan lagi usaha damai yang lebih luas.

Iran menyatakan rundingan dengan Washington tidak boleh disambung semula melainkan gencatan senjata turut dikekalkan di Lubnan, di mana Israel menceroboh pada Mac lalu bagi menyerang Hezbollah setelah kumpulan Lubnan yang disokong Iran itu melepaskan tembakan merentasi sempadan sebagai tanda sokongan untuk Tehran.

Lubnan dan Israel bersetuju melaksanakan gencatan senjata berasingan pada bulan lalu, namun pertempuran masih berterusan, walaupun pada skala lebih kecil.

Tentera Israel mengeluarkan amaran segera pada Ahad kepada para penduduk di 11 bandar dan perkampungan di selatan Lubnan, bagi menggesa mereka supaya keluar dari rumah masing-masing dan berpindah sekurang-kurangnya 1,000 meter dari kawasan terbuka.
Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita