Perang Amerika, Israel dan Iran: Trump kecam Britain, Sepanyol kerana tidak sokong sepenuhnya serangan Amerika terhadap Iran
Anggaran Waktu Membaca:
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Selasa (3 Mac) mengecam Britain dan Sepanyol kerana tidak menyokong sepenuhnya serangannya ke atas Iran, sedang beliau mengancam untuk menamatkan "semua perdagangan" dengan Sepanyol.
"Saya tidak senang dengan Britain," kata Encik Trump, ketika beliau berkata mengenai Perdana Menteri Britain Keir Starmer: "Kita bukan berurusan dengan Winston Churchill."
Britain, sekutu setia Amerika Syarikat sepanjang dua perang dunia dan dalam perang Iraq dan Afghanistan, memutuskan untuk tidak menyertai serangan ke atas Iran yang dilancarkan Encik Trump bersama Israel pada Sabtu.
Encik Starmer berkata jet pejuang Amerika boleh menggunakan dua pangkalan udara Britain bagi "tujuan pertahanan khusus dan terhad" - satu di Gloucestershire di barat England dan satu lagi di pangkalan bersama Britain-Amerika Diego Garcia di Lautan Hindi.
Encik Starmer berkata Amerika Syarikat tidak diberi kuasa untuk menggunakan pangkalan Britain di Cyprus, yang salah satunya diserang oleh dron buatan Iran.
"Ia mengambil masa tiga, empat hari untuk kami mengetahui di mana kami boleh mendarat. Pendaratan di sana akan menjadi lebih mudah, berbanding terbang selama beberapa jam tambahan," kata Encik Trump dalam rujukan yang jelas kepada Diego Garcia.
Encik Trump, selepas beberapa kali berubah pendirian, mengkritik Encik Starmer kerana bersetuju untuk memulangkan Kepulauan Chagos, di mana terletaknya Diego Garcia dan di mana penduduknya diusir oleh Britain, kepada Mauritius dan sebaliknya memajak pangkalan tersebut.
"Saya akan katakan Britain sangat, sangat tidak bekerjasama berhubung pulau milik mereka itu," kata Encik Trump, yang bercakap di samping Canselor Jerman Friedrich Merz di Rumah Putih.
Encik Trump meluahkan kemarahan terhadap Sepanyol, di mana pemerintah berhaluan kiri Perdana Menteri Pedro Sanchez tidak membenarkan Amerika Syarikat menyerang Iran melalui pangkalan yang sekian lama digunakan oleh tentera Amerika.
"Sepanyol sangat teruk," kata Encik Trump, sambil menambah bahawa beliau sudah pun menyuruh Setiausaha Perbendaharaan Scott Bessent supaya "menghentikan semua urusan dengan Sepanyol."
Beliau juga merujuk kepada penolakan Encik Sanchez secara terbuka untuk menyertai sekutu NATO dalam ikrar untuk meningkatkan perbelanjaan pertahanan kepada lima peratus daripada GDP, satu tahap yang diperjuangkan oleh Encik Trump yang mengatakan Amerika Syarikat menanggung terlalu banyak beban.
"Jadi kami akan menghentikan semua perdagangan dengan Sepanyol. Kami tidak mahu mempunyai sebarang kaitan dengan Sepanyol."
Masih tidak jelas kuasa yang dimiliki oleh Encik Trump untuk "menamatkan" perdagangan dengan Sepanyol, selepas Mahkamah Agung membatalkan penggunaan kuasa kecemasannya untuk memperkenalkan tarif sewenang-wenangnya ke atas negara lain.
Menteri Luar Sepanyol Jose Manuel Albares sebelum ini berkata pemerintahnya hanya akan membenarkan penggunaan Pangkalan Tentera Laut Rota dan Pangkalan Udara Moron bagi aktiviti yang konsisten dengan Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu.

Sumber : AFP/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.