Perang Amerika, Israel dan Iran: Trump dakwa keupayaan tentera Iran lumpuh
Anggaran Waktu Membaca:
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mendakwa pada Selasa (4 Mac) bahawa serangan Amerika Syarikat dan Israel telah "melumpuhkan" sebahagian besar tenetra Iran, serta menafikan Israel memaksanya untuk melancarkan perang yang melanda Timur Tengah.
Encik Trump bagaimanapun tidak menawarkan sebarang pelan kukuh bagi Iran, sambil berkata pemimpin-pemimpin berpotensi yang dipertimbangkan oleh Amerika Syarikat sudah dibunuh.
Beliau juga mengaku mencari pengganti bagi Pemimpin Agung Ali Khamenei yang terbunuh dalam serangan pada Sabtu (28 Feb) juga satu tindakan yang sama buruknya.
Ahli politik Republican berusia 79 tahun itu berdepan kecaman kerana memberikan mesej bercanggahan mengenai pengimbangan dan matlamatnya setelah melancarkan konflik terbesar di rantau itu dalam masa lebih dua dekad.
"Hampir kesemuanya sudah pun dimusnahkan," kata Encik Trump sedang beliau mengadakan pertemuan dengan Canselor Jerman Friedrich Merz, dan menjawab soalan pertama dari para wartawan sejak serangan itu bermula pada Sabtu.
"Mereka tidak mempunyai sebarang tentera laut, ia sudah dimusnahkan. Mereka tidak mempunyai tentera udara. Ia sudah dimusnahkan. Mereka tidak mempunyai sebarang pengesanan udara, ia sudah dimusnahkan. Radar mereka juga sudah dimusnahkan."
Encik Trump yang memberikan penjelasan berbeza sepanjang beberapa hari lalu atas sebab melancarkan "Operasi Epic Fury", mendakwa Iran akan menyerang dahulu dan Amerika Syarikat bertindak sebagai langkah pencegahan awal.
Dengan berbuat demikian, beliau bercanggahan dengan komen Setiausaha Negara Marco Rubio pada Isnin di mana beliau mengatakan Washington hanya melancarkan serangan setelah mendapat tahu sekutunya Israel akan menyerang.
“Berdasarkan perkembangan rundingan, saya jangka mereka (Iran) akan menyerang dahulu. Saya tidak mahu perkara itu berlaku,” katanya.
"Jika apa pun, saya mungkin memaksa Israel menyerang."
Encik Trump dikritik kerana tidak mempunyai sebarang rancangan untuk Iran dan beliau mengaku bahawa beliau kurang pasti bagaimana situasi itu akan berlaku.
"Saya fikir perkara paling buruk yang akan berlaku adalah, kami lakukan ini, dan kemudian orang yang mengambil alih itu sama jahatnya dengan pemimpin sebelumnya, bukan?" kata Encik Trump, sambil merujuk kepada Ayatollah Ali Khamenei.
CALON KEPIMPINAN BAHARU IRAN "TERBUNUH"
Beliau berkata dua gelombang serangan Amerika Syarikat dan Israel membunuh tokoh-tokoh berpengaruh di Iran yang beliau pertimbangkan sebagai pemimpin baharu Iran yang berpotensi, sambil menambah berlaku serangan baharu "yang ketara" terhadap satu mesyuarat untuk memilih kepimpinan baharu.
"Kebanyakan mereka yang berada dalam pertimbangan terbunuh," katanya.
"Kini kami mempunyai satu lagi kumpulan. Mereka mungkin juga terkorban, berdasarkan laporan."

Sumber : AFP/HA/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.