Perang Amerika, Israel dan Iran: Trump dakwa Jerman bantu Amerika serang Iran
Anggaran Waktu Membaca:
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengalu-alukan ketibaan Canselor Jerman Friedrich Merz di Rumah Putih pada Selasa (3 Mac), serta mengucapkan terima kasih kepada pemimpin Jerman itu atas sokongannya terhadap perang Amerika, Israel terhadap Iran dalam perbincangan yang turut menyentuh tentang perdagangan dan perang Rusia di Ukraine.
Encik Trump, ketika bercakap di Pejabat Oval bersama Encik Merz, berkata kepada para wartawan bahawa Jerman "membantu" dengan membenarkan tentera Amerika mengakses pangkalan tentera tertentu, dan membuat perbandingan jelas dengan tindakan dua negara Eropah yang lain iaitu Britain dan Sepanyol.
Encik Merz memberitahu Encik Trump bahawa Jerman dan Amerika berkongsi hasrat untuk menyingkirkan rejim semasa Iran, dan berkata Berlin mahu melihat perang itu berakhir dengan cepat.
Beliau kemudiannya meragui sama ada serangan ketenteraan Amerika dan Israel akan mencetuskan perubahan politik di Iran, sambil berkata rancangan itu menimbulkan beberapa risiko.
"Rancangan ini bukan tanpa risiko, dan kami juga perlu menanggung akibatnya," kata Encik Merz kepada pemberita selepas bertemu dengan Encik Trump.
Perang di Iran merupakan isu sensitif dari sudut politik bagi Encik Merz, yang berkemungkinan berdepan reaksi negatif di Jerman berhubung sokongan negara itu terhadap operasi ketenteraan Amerika dan Israel.
Pada Ahad, beliau tidak meluahkan sebarang kecaman terhadap serangan udara Amerika namun tidak menyokong sepenuhnya operasi yang menurut pengkritik Trump, ia dijalankan tanpa penjelasan sewajarnya dan sokongan perundangan yang diperlukan dalam undang-undang antarabangsa.
Israel mahupun Amerika tidak meminta Jerman supaya libatkan dii secara langsung dengan konflik itu, kata Encik Merz, sambil menambah beliau sudah pun menjelaskan kepada Encik Trump bahawa sebarang tindakan seumpamanya memerlukan kelulusan rasmi dari Parlimen Jerman.
"Kami mempunyai pandangan yang sama dari segi penyingkiran rejim yang dahsyat di Iran ini, dan kami akan membincangkan tentangnya paad hari selepas itu," kata Encik Merz pada permulaan perbincangan, sambil menambah beliau juga akan membangkitkan tentang perang Rusia di Ukraine dan keperluan untuk memuktamadkan perjanjian perdagangan Amerika Syarikat-Kesatuan Eropah berikutan ancaman tarif tambahan Encik Trump.
Encik Trump berkata Amerika tidak meminta Jerman untuk menyediakan tentera.
"Mereka membenarkan kami mendarat di kawasan tertentu, dan kami menghargainya, dan mereka hanya memudahkan keadaan. Kami tidak meminta mereka mengerahkan tentera ke medan pertempuran."
Encik Trump berkata beliau mempunyai hubungan yang baik dengan Jerman dan Encik Merz khususnya, memanggil beliau sebagai "pemimpin yang cemerlang".
Itu menandakan perubahan besar daripada mantan Canselor Jerman Angela Merkel, kata Encik Trump, sambil menambah bahawa beliau mempunyai perbezaan pendapat dengan Cik Merkel mengenai imigresen dan tenaga.
TUMPUAN PADA UKRAINE
Encik Merz, yang ingin mengekalkan hubungan positif yang dibinanya dengan Encik Trump sepanjang tahun lalu, menghadiahkan kepada Encik Trump sebuah replika perjanjian perdagangan yang ditandatangani antara Amerika dengan Prussia pada 1785, iaitu perjanjian perdagangan pertama yang ditandatangani oleh Amerika yang baharu ditubuhkan pada ketika itu.
Walaupun Encik Trump memuji pemimpin Jerman itu, mesyuarat itu terancam menjadi tidak terkawal apabila Encik Trump berkata beliau akan menghentikan perdagangan dengan Sepanyol kerana enggan membenarkan tentera Amerika menggunakan pangkalan tenteranya untuk misi berkaitan perang Iran.
Encik Merz memberitahu pemberita bahawa beliau sudahpun menjelaskan kepada Encik Trump semasa pertemuan tertutup mereka kemudian bahawa Sepanyol adalah sebahagian daripada EU dan tidak boleh dikecualikan daripada perjanjian perdagangan.
Encik Merz berkata beliau turut menekankan keperluan terus memberi sokongan kepada Ukraine, yang pada minggu lalu ia menandakan empat tahun sejak bermulanya pencerobohan berskala penuh Rusia, sambil menegaskan Ukraine tidak seharusnya disuruh
menerima konsesi wilayah selanjutnya.
"Kita semua mahu melihat peperangan ini berakhir secepat mungkin. Namun Ukraine perlu memelihara wilayahnya dan kepentingan keselamatannya," kata Encik Merz pada permulaan lawatan ketiganya ke Pejabat Oval.

Sumber : Reuters/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.