Perang Amerika, Israel dan Iran: Trump beri kata akhir kepada Iran untuk terima perjanjian atau berdepan pengeboman lebih dahsyat
Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Donald Trump. (Gambar: AP/Jacquelyn Martin)
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Rabu (6 Mei) mengeluarkan kata akhir kepada Iran supaya menerima perjanjian bagi menamatkan peperangan atau berdepan semula dengan serangan bom yang lebih hebat dari Amerika Syarikat.
"Jika Iran bersetuju dengan apa yang ditetapkan, maka kempen ketenteraan 'Epic Fury' akan berakhir," tulis Encik Trump di platform Truth Social miliknya.
"Jika mereka tidak setuju, pengeboman akan bermula semula, dan malangnya, ia akan dilakukan pada tahap dan intensiti yang jauh lebih tinggi daripada sebelum ini."
Dalam satu temu bual bersama saluran PBS kemudiannya, Encik Trump melahirkan rasa optimis bahawa satu persetujuan boleh dicapai sebelum lawatan rasminya ke China minggu depan. Beliau menambah, jika perang tidak berakhir, Amerika Syarikat akan "mengebom mereka habis-habisan".
Apabila ditanya mengenai laporan bahawa Iran perlu "mengeksport" uranium yang diperkaya tinggi ke Amerika Syarikat di bawah cadangan perjanjian tersebut, Encik Trump mengesahkannya. Namun, beliau tidak menjelaskan bagaimana isu sensitif itu akan diselesaikan memandangkan Iran sebelum ini berkeras tidak mahu melepaskan bekalan uranium mereka.
Kenyataan Encik Trump itu muncul selepas laporan berita mendakwa Washington dan Tehran sudah hampir mencapai persefahaman ringkas untuk menamatkan perang dan memulakan rundingan nuklear yang lebih terperinci.
Namun, tidak lama kemudian, Encik Trump memberitahu New York Post bahawa cadangan untuk mengadakan pertemuan bersemuka dengan pihak Iran di Pakistan adalah "terlalu jauh" buat masa ini. Pakistan setakat ini bertindak sebagai orang tengah dalam usaha perdamaian kedua-dua pihak.
Sikap sebenar Encik Trump dalam menamatkan peperangan ini sukar diramal. Pemimpin Republican berusia 79 tahun itu kadang-kala berkata beliau mempunyai "banyak masa" untuk konflik tersebut, namun baru-baru ini memberi isyarat kepada Kongres bahawa peperangan yang bermula pada 28 Februari itu sudah pun berakhir.
Encik Trump dan pentadbirannya kini sedang mencari jalan keluar daripada konflik tersebut kerana ia tidak popular di kalangan rakyat Amerika dan menyebabkan harga minyak serta kos sara hidup melambung tinggi.
Pada lewat Selasa, Encik Trump mengumumkan pemberhentian sementara operasi ketenteraan Amerika Syarikat untuk mengiringi kapal dagang melalui Selat Hormuz bagi memberi peluang kepada rundingan damai. Namun, sekatan Amerika Syarikat ke atas pelabuhan Iran akan tetap diteruskan selagi Iran menutup laluan perdagangan penting tersebut.
Encik Trump menulis bahawa keputusan mengejutkan untuk menghentikan "Project Freedom" itu dibuat atas permintaan Pakistan dan negara-negara lain yang menjadi orang tengah. Beliau mendakwa "kemajuan besar" sudah dicapai ke arah perjanjian penuh dengan Tehran.
"Kami bersetuju bahawa sedang sekatan laut kekal berkuat kuasa, 'Project Freedom' akan dihentikan buat seketika untuk melihat sama ada perjanjian boleh dimuktamadkan dan ditandatangani," tulis Encik Trump.

Sumber : AFP/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.