Skip to main content

Dunia

Perang Amerika, Israel dan Iran: Trump beri amaran 'masa semakin suntuk' bagi Iran; Amerika tidak terburu-buru tamatkan perang

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata pada Khamis (23 Apr) bahawa Amerika Syarikat tidak terburu-buru untuk menamatkan perang dengan Iran namun "masa semakin suntuk" bagi republik Islam itu. Ini sedang kapal induk ketiga tiba di Timur Tengah.

Anggaran Waktu Membaca:
Perang Amerika, Israel dan Iran: Trump beri amaran 'masa semakin suntuk' bagi Iran; Amerika tidak terburu-buru tamatkan perang

Kapal dan bot di Selat Hormuz di luar pantai Musandam, Oman pada 20 April 2026. (Gambar fail: Reuters)

Diterbitkan : 24 Apr 2026 07:52AM
  • Donald Trump menegaskan Amerika Syarikat tidak tergesa-gesa menamatkan perang dengan Iran, tetapi masa semakin suntuk bagi Iran.
  • Tiga kapal induk Amerika kini berada di Timur Tengah, menunjukkan peningkatan kehadiran tentera di rantau itu.
  • Letupan berlaku di Tehran, namun punca kejadian tidak diketahui dan Israel menafikan terlibat.
  • Prospek rundingan damai di Pakistan tidak jelas, sementara gencatan senjata di Selat Hormuz masih rapuh dan sekatan terhadap Iran semakin ketat.
Dijana oleh AI
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata pada Khamis (23 Apr) bahawa Amerika Syarikat tidak terburu-buru untuk menamatkan perang dengan Iran namun "masa semakin suntuk" bagi republik Islam itu. Ini sedang kapal induk ketiga tiba di Timur Tengah.

Media Iran melaporkan berlaku letupan di ibu kota Tehran, iaitu pertama kali sejak gencatan senjata yang semakin rapuh dalam perang Timur Tengah itu berkuat kuasa dua minggu lalu.

Tidak jelas apa yang menyebabkan letupan itu, walaupun sumber keselamatan Israel memberitahu AFP bahawa negaranya kini tidak menyerang Iran.

Prospek rundingan damai diadakan di Pakistan kini tidak dapat dipastikan, dengan tiada tanda-tanda diplomasi dapat dicapai semula dalam usaha menamatkan kebuntuan di Selat Hormuz.

Sejak Encik Trump melanjutkan gencatan senjata selama tempoh tidak dipastikan dalam perang Timur Tengah, Amerika Syarikat dan Iran mengalihkan tumpuan kepada Selat Hormuz, iaitu laluan air yang disekat di mana seperlima eksport minyak dan gas asli cecair mengalir.

"Saya mempunyai banyak masa - tetapi Iran tidak - Masa semakin suntuk!" kata Encik Trump di media sosial sambil menambah tentera Iran memusnahkan dan "pemimpin mereka sudah tidak lama bersama kita, sekatannya semakin ketat dan kukuh, dan daripada situ, keadaan hanya bertambah buruk."

Encik Trump - yang pada Khamis menolak penggunaan senjata nuklear terhadap Iran - sebelum ini mengarahkan Tentera Laut Amerika supaya menghapuskan sebarang bot Iran yang didapati meletakkan periuk api di Hormuz.

"TEMBAK DAN BUNUH"

Kapal induk USS George H.W. Bush tiba di Timur Tengah, menurut tentera Amerika pada Khamis (23 Apr).

Ini bermakna tiga kapal perang Amerika kini beroperasi di rantau itu.

Kapal induk kedua beroperasi di Laut Merah pada Khamis, manakala kapal ketiga juga berada di rantau itu, menurut catatan media sosial oleh CENTCOM.
Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita