Perang Amerika, Israel dan Iran: Trump ancam 'hapus' loji kuasa Iran melainkan Selat Hormuz dibuka semula
Anggaran Waktu Membaca:
Kapal tangki minyak melalui Selat Hormuz pada 21 Disember 2018. (Gambar fail: Reuters/Hamad I Mohammed)
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Sabtu (21 Mac) memberi Iran tempoh selama 48 jam untuk membuka semula Selat Hormuz kepada lalu lintas perkapalan atau infrastruktur tenaganya akan dimusnahkan.
"Jika Iran tidak MEMBUKA SEPENUHNYA, TANPA ANCAMAN, Selat Hormuz, dalam tempoh 48 JAM dari saat ini, Amerika Syarikat akan menyerang dan menghapuskan beberapa LOJI JANAKUASA mereka, BERMULA DENGAN YANG PALING BESAR!" kata Encik Trump dalam catatan di platform Truth Social.
Sejak Amerika Syarikat dan Israel melancarkan perang terhadap Iran pada 28 Feb, Iran menutup Selat tersebut sebagai tindak balas.
Kira-kira seperlima daripada minyak mentah dan gas asli cecair dunia (LNG) melalui selat tersebut semasa waktu luar perang, dengan penutupan selat itu menyebabkan negara-negara yang bergantung pada laluan pelayaran itu bergegas mencari laluan alternatif dan mengeluarkan rizab masing-masing.
Bekalan yang merosot dari Teluk menyebabkan harga bahan api melonjak di seluruh dunia, mengancam pemerintah dengan inflasi meluas semakin lama perang itu berlarutan.
Tentera Amerika menyatakan pada Sabtu bahawa ia memusnahkan sebuah kubu Iran yang menempatkan senjata yang mengancam penghantaran minyak dan gas di Selat Hormuz.
Kenyataan itu kelihatan bertujuan meredakan keprihatinan terhadap pasaran tenaga dan sekutu antarabangsa Washington, di mana lebih 20 mengeluarkan kenyataan yang berikrar untuk menyokong usaha membuka semula laluan perkapalan penting itu.

Sumber : Agensi berita/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.