Skip to main content

Dunia

Perang Amerika, Israel dan Iran: Trafik kapal tangki di Selat Hormuz dihentikan susuli serangan Israel ke atas Lubnan

Anggaran Waktu Membaca:
Perang Amerika, Israel dan Iran: Trafik kapal tangki di Selat Hormuz dihentikan susuli serangan Israel ke atas Lubnan

Pergerakan kapal tangki minyak yang melalui Selat Hormuz telah dihentikan susuli serangan Israel ke atas Lubnan. (Gambar: REUTERS)

Diterbitkan : 09 Apr 2026 09:48AM Dikemas Kini : 09 Apr 2026 10:17AM
ISTANBUL: Pergerakan kapal tangki minyak yang melalui Selat Hormuz telah dihentikan menyusuli serangan Israel ke atas Lubnan, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik Agensi Berita Fars Iran.

Laporan itu menyebut pergerakan kapal tangki dihentikan selari dengan serangan Israel, tanpa memberikan butiran lanjut.

Awal sebelum itu pada hari yang sama, selepas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menerima syarat-syarat Iran dan gencatan senjata diwujudkan, dua kapal tangki minyak telah diberikan kebenaran untuk melalui laluan air strategik itu dengan selamat, lapor Fars.

Tentera Israel pada Rabu (8 Apr) menyatakan ia menyerang lebih 100 tapak "dalam tempoh 10 minit" merentasi pelbagai kawasan di Beirut, Lembah Beqaa, dan selatan Lubnan, sekali gus menandakan serangan bersasar "terbesar" sejak bermulanya serangan semasa.

Encik Trump pada Selasa (7 Apr) mengumumkan gencatan senjata selama dua minggu dengan Iran, dengan menyatakan bahawa Tehran membentangkan cadangan 10 perkara yang "boleh dilaksanakan" untuk dirundingkan.

Pengumuman gencatan senjata itu dibuat kurang dua jam sebelum tempoh tamat yang berulang kali dilanjutkan oleh Encik Trump untuk Iran membuka semula Selat Hormuz dan menerima perjanjian atau berdepan dengan "kemusnahan seluruh tamadun."
 
Sumber : Bernama/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita