Perang Amerika, Israel dan Iran: Tinjauan CNN dapati 59% warga Amerika tidak setuju dengan keputusan negaranya serang Iran
Anggaran Waktu Membaca:
WASHINGTON: Tinjauan CNN yang diterbitkan pada Isnin (2 Mac) menunjukkan 59 peratus warga Amerika Syarikat tidak bersetuju dengan keputusan negara itu mengambil tindakan ketenteraan terhadap Iran, lapor Xinhua.
Tinjauan itu yang dikendalikan oleh SSRS, dijalankan sejurus selepas tentera Amerika Syarikat dan Israel melancarkan serangan.
Sebanyak 60 peratus daripada responden berkata mereka tidak fikir Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mempunyai rancangan yang jelas untuk mengendalikan situasi itu dan 62 peratus berkata beliau perlu mendapatkan kelulusan Kongres bagi sebarang tindakan ketenteraan selanjutnya.
Kira-kira 39 peratus responden berkata Amerika Syarikat tidak berusaha sepenuhnya dalam diplomasi sebelum menggunakan kekuatan ketenteraan, manakala hanya 27 peratus merasakan bahawa Amerika Syarikat melakukan usaha yang cukup dalam diplomasi, dan 33 peratus tidak pasti.
Sekitar 56 peratus pula berkata mereka melihat konflik ketenteraan jangka panjang antara Amerika Syarikat dengan Iran sebagai berkemungkinan besar akan berlanjutan.
Tinjauan terbaharu itu diterbitkan sehari selepas tinjauan Reuters/Ipsos menunjukkan bahawa 43 peratus rakyat Amerika Syarikat menentang serangan ke atas Iran.
Kedua-dua tinjauan dikeluarkan kerana Ahli Kongres Democrat dan Republican sangat berbelah bahagi mengenai serangan ke atas Iran.
Republican jauh lebih berkemungkinan daripada Democrat untuk meluluskan tindakan ketenteraan, kerana hanya 18 peratus Democrat dan 32 peratus Ahli Kongres Bebas meluluskan tindakan itu, berbanding 77 peratus Republican, menurut tinjauan CNN.
Ahli Kongres Democrat menyelar tindakan itu kerana tiada ancaman dan serangan itu tidak mendapat persetujuan Kongres.
Mereka juga memberi amaran bahawa Encik Trump berpotensi mengheret Amerika Syarikat dalam satu lagi konflik Timur Tengah yang berlarutan.

Sumber : Bernama/HA/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.