Perang Amerika, Israel dan Iran: Tiada risiko gangguan segera berhubung bekalan makanan SG
SINGAPURA: Menteri Negara Kanan Kemampanan dan Sekitaran Zaqy Mohamad berkata, tiada risiko gangguan segera berhubung bekalan makanan bagi Singapura.
Menurut beliau, Singapura mengimport makanan dari 180 negara dan daerah, dengan Timur Tengah merangkumi kurang 1 peratus daripada jumlah import tersebut.
Makanan dari Selat Hormuz yang menuju ke Singapura pula adalah kurang daripada 0.5 peratus.
Encik Zaqy berkata: "Bagi makanan kita, kita tidak menjangka risiko gangguan bekalan makanan dalam jangka masa yang terdekat dalam Singapura. Bagaimanapun terdapat kesan hari ini terhadap baja, oleh kerana baja adalah hasil sampingan minyak dan bekalan yang terjejas akibat penutupan Strait Homuz.
"Maka itu kos baja telah meningkat dan akan memberi kesan kepada harga makanan.
"Namun kita perlu bersiap sedia untuk apa yang berlaku selepas ini. Ia mungkin bermula sebagai sebuah krisis tenaga namun ia boleh berkembang untuk menjadi gangguan bekalan yang lebih besar dalam banyak sektor termasuk sektor permakanan.
Kerjasama kita dengan pemerintah lain dan industri juga telah memberi kita peluang untuk mempelbagaikan lagi sumber makanan kita dan ini bermakna bahawa para pengimport makanan boleh beralih kepada sumber-sumber lain dengan mudah.
"Jika keadaan bertambah buruk, kita ada bekalan makanan iaitu 'stock pile', untuk menampung penduduk kita."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.