Skip to main content

Dunia

Perang Amerika, Israel dan Iran: Tentera Israel serang sebilangan kapal tentera laut Iran di Laut Kaspia

Anggaran Waktu Membaca:
Perang Amerika, Israel dan Iran: Tentera Israel serang sebilangan kapal tentera laut Iran di Laut Kaspia

Kapal-kapal semasa latihan Tentera Laut bersama Iran dan Rusia di selatan Iran pada 19 Februari 2026. (Gambar fail: REUTERS/Tentera Iran/WANA)

Diterbitkan : 20 Mar 2026 07:50AM Dikemas Kini : 20 Mar 2026 08:55AM
BAITULMAKDIS: Tentera Israel menyatakan pada Khamis (19 Mac) bahawa jet-jet pejuangnya menyerang beberapa kapal tentera laut Iran di Laut Kaspia pada Rabu (18 Mac), termasuk kapal yang dilengkapi peluru berpandu anti-kapal selam.

Sasaran tersebut termasuk kapal yang dilengkapi dengan sistem peluru berpandu, kapal sokongan dan kapal rondaan, kata pihak tentera, sambil menambah bahawa markas pelabuhan juga diserang dalam operasi tersebut.

Kapal-kapal Iran yang disasarkan juga dilengkapi dengan sistem pengawasan udara dan peluru berpandu anti-kapal selam, menurut tentera itu.

"Ia antara serangan paling besar yang dilakukan oleh IDF sejak permulaan Operasi Roaring Lion," kata pihak tentera dalam kenyataannya.

"Buat kali pertama, kami menjalankan serangan di utara Iran di Laut Kaspia," kata jurucakap tentera Leftenan Kolonel Nadav Shoshani kepada wartawan dalam satu taklimat berasingan.

"Ini merupakan kali pertama kami melakukan (perkara) itu dalam sejarah kami ... Kami dapat menyasarkan limbungan kapal tentera lautnya di mana mereka boleh membaiki atau membina kapal baharu," katanya, sambil menambah bahawa Israel menyerang lebih 200 sasaran di seluruh Iran sepanjang 36 jam lalu.
 
Sumber : AP/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita