Perang Amerika, Israel dan Iran: Tentera Bahrain siap siaga hadapi kemungkinan ketegangan serantau
Pemerintah Am Angkatan Pertahanan Bahrain menyatakan pada Selasa (5 Mei), unit-unitnya diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga untuk mempertahankan negara sekiranya berlaku ketegangan di rantau itu, lapor Spunik/RIA Novosti.
Ibu negara Bahrain, Manama. Semua senjata dan unit berada dalam keadaan berjaga-jaga dan bersedia sepenuhnya untuk memberikan perlindungan kepada negara. (Gambar: Unsplash)
"Semua senjata dan unit berada dalam keadaan berjaga-jaga dan bersedia sepenuhnya untuk memberikan perlindungan," menurut kepimpinan tentera itu di X.
Pemerintah angkatan tentera memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menghampiri sebarang objek yang mencurigakan yang mungkin ditemui di darat berikutan serangan udara, sambil menambah bahawa unit kejuruteraan angkatan tentera "bersedia untuk bertindak balas terhadap insiden sedemikian".
Pada Isnin (4 Mei), pihak berkuasa UAE memaklumkan mereka memintas 12 peluru berpandu balistik dan empat dron yang dilancarkan dari Iran.
Bagaimanapun, Tehran menafikan dakwaan terlibat dalam serangan ke atas wilayah UAE.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.