Perang Amerika, Israel dan Iran: Tehran tawar jadi orang tengah dalam rundingan Arab Saudi-Houthi
Iran menawarkan diri untuk menjadi orang tengah dalam rundingan antara Arab Saudi dengan kumpulan Houthi di Yaman, sedang ketegangan ketenteraan di Timur Tengah semakin meningkat.
Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, menawarkan bantuan untuk memudahkan rundingan antara Arab Saudi dengan kumpulan Houthi di Yaman. (Gambar fail: AP)
- Iran offered to act as a mediator in Saudi-Houthi talks in Yemen during a call from Abbas Araghchi to Prince Faisal bin Farhan.
- Araghchi expressed concern that military action without political efforts would only complicate the crisis, while stressing that there is no military solution.
- The offer followed an attack on King Khalid International Airport in Riyadh on Oct 10, which killed 13 people and injured hundreds.
- The Saudi-led coalition accused the Houthis and vowed to act firmly, while Iran's restrictions since April have also affected shipping in the Strait of Hormuz.
- Iran menawarkan diri menjadi orang tengah bagi rundingan Arab Saudi-Houthi di Yaman, melalui panggilan Abbas Araghchi kepada Putera Faisal bin Farhan.
- Araghchi menyuarakan kebimbangan bahawa tindakan ketenteraan tanpa usaha politik hanya merumitkan krisis, sambil menegaskan tiada huraian ketenteraan.
- Tawaran itu menyusuli serangan di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid, Riyadh pada 10 Okt, yang membunuh 13 orang dan mencederakan ratusan.
- Pakatan pimpinan Arab Saudi menuduh Houthi dan berikrar bertindak tegas, ketika sekatan Iran sejak April turut menjejas perkapalan Selat Hormuz.
Menurut agensi berita rasmi Iran, IRNA, tawaran itu dibuat Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, ketika mengadakan perbualan telefon dengan rakan sejawatannya dari Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan.
Encik Araghchi menyuarakan kebimbangan terhadap ketegangan yang semakin memuncak dan memberi amaran bahawa tindakan ketenteraan tanpa usaha mencari huraian politik hanya akan merumitkan keadaan.
Beliau menegaskan bahawa tiada huraian ketenteraan bagi krisis di rantau itu.
Menurut IRNA, Iran bersedia memberikan segala bantuan yang mungkin bagi memulakan dialog antara Arab Saudi dengan kumpulan Houthi dan membantu mencapai huraian politik.
Kementerian Luar Arab Saudi pula menyatakan kedua-dua menteri membincangkan peningkatan ketegangan di rantau itu serta usaha untuk menanganinya.
Perbualan telefon tersebut diadakan atas inisiatif Encik Araghchi, namun kementerian itu tidak memberikan butiran lanjut.
SERANGAN DI RIYADH RAGUT 13 NYAWA
Tawaran Iran itu dibuat selepas serangan ke atas Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh pada Sabtu (10 Okt), yang menyebabkan 13 korban jiwa dan mencederakan ratusan yang lain.
Pada Ahad (11 Okt), pakatan tentera pimpinan Arab Saudi yang menyokong pemerintah Yaman yang diiktiraf masyarakat antarabangsa menuduh kumpulan Houthi bertanggungjawab terhadap serangan tersebut.
Pakatan itu turut berikrar mengambil tindakan tegas.
Ketegangan serantau juga menjejas kegiatan perkapalan di Selat Hormuz, menyusuli sekatan Iran terhadap laluan kapal sejak April lalu.
Sekatan itu dikenakan selepas Amerika Syarikat dan Israel melancarkan perang terhadap Iran pada Februari.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.