Skip to main content

Dunia

Perang Amerika, Israel dan Iran: Tehran lantik mantan ketua IRGC sebagai setiausaha badan keselamatan tertinggi

Anggaran Waktu Membaca:
Perang Amerika, Israel dan Iran: Tehran lantik mantan ketua IRGC sebagai setiausaha badan keselamatan tertinggi

Timbalan Ketua Komunikasi dan Maklumat Pejabat Presiden, Seyed Mehdi Tabatabaei mengumumkan pelantikan itu menerusi platform media sosial X pada Ahad, 9 Ogos 2026. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 10 Aug 2026 02:17PM
  • Presiden Iran Masoud Pezeshkian melantik Mohsen Rezaee sebagai Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Tertinggi menggantikan Mohammad Baqer Zolghadr pada 9 Ogos.
  • Pelantikan Rezaee dibuat berdasarkan pengalaman beliau dalam IRGC dan peranannya semasa Perang Iran-Iraq.
  • Pemimpin Tertinggi Iran Mojtaba Khamenei turut melantik Zolghadr sebagai penasihat politiknya, manakala Rezaee menjadi wakil beliau di majlis keselamatan.
  • Perubahan ini berlaku ketika Iran dan Amerika Syarikat mengalami konflik ketenteraan, dengan perjanjian damai yang gagal bertahan pada Julai.
Dijana oleh AI
TEHRAN: Presiden Iran Masoud Pezeshkian melantik mantan komander Tentera Laut Pengawal Revolusi Iran (IRGC) Mohsen Rezaee sebagai setiausaha badan keselamatan tertinggi negara itu, lapor Anadolu Ajansi.

Timbalan Ketua Komunikasi dan Maklumat Pejabat Presiden, Seyed Mehdi Tabatabaei mengumumkan pelantikan itu menerusi platform media sosial X pada Ahad (9 Ogos).

“Menyusuli peletakan jawatan Mohammad Baqer Zolghadr sebagai Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Tertinggi dan penerimaannya terhadap tanggungjawab baharu, Encik Mohsen Rezaee dilantik sebagai Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Tertinggi menerusi dekri Presiden Iran Dr Masoud Pezeshkian,” katanya lagi.

Keputusan itu dibuat tidak lama selepas Pemimpin Tertinggi Iran Mojtaba Khamenei melantik Encik Rezaee sebagai wakilnya ke majlis berkenaan dengan mengambil kira pengalaman serta peranannya ketika Perang Iran-Iraq 1980 hingga 1988.

Encik Rezaee mengetuai IRGC dari 1981 hingga 1997.

Beliau dilantik sebagai penasihat ketenteraan kepada Pemimpin Tertinggi Iran pada Mac.

Secara berasingan, Tertinggi Iran Mojtaba Khamenei melantik Zolghadr sebagai penasihat politiknya.

“Dengan mengambil kira pengalaman berharga anda, saya dengan ini melantik anda sebagai Penasihat Politik saya,” kata Tertinggi Iran Mojtaba Khamenei menerusi X.

Perubahan itu berlaku ketika Iran terlibat dalam konflik ketenteraan dengan Amerika Syarikat menyusuli serangan bersama Amerika-Israel terhadap Tehran pada Februari.

Iran dan Amerika Syarikat bersetuju melaksanakan gencatan senjata pada April sebelum memeterai Memorandum Persefahaman pada Jun bagi menamatkan konflik ketenteraan dan mencapai perjanjian damai berkekalan.

Bagaimanapun, perjanjian itu gagal bertahan pada Julai apabila kedua-dua pihak saling melancarkan serangan selama hampir dua minggu sebelum Presiden Amerika Syarikat Donald Trump secara tiba-tiba menghentikan pengeboman.
Sumber : Bernama/LL/ll
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita