Perang Amerika, Israel dan Iran: Tehran hampir capai persetujuan dengan Oman berhubung Selat Hormuz
Anggaran Waktu Membaca:
Kapal-kapal berhampiran Selat Hormuz seperti dilihat dari Musandam, Oman, pada Khamis (6 Ogos). (Gambar fail: Reuters/Stringer)
KAHERAH: Iran pada Sabtu (8 Ogos) menyatakan ia semakin hampir mencapai persetujuan dengan Oman berhubung laluan perkapalan baharu di Selat Hormuz, namun menegaskan persetujuan itu sahaja tidak mencukupi untuk membuka semula laluan strategik tersebut.
Menteri Luar Iran Abbas Araghchi berkata Iran dan Oman "sangat hampir" mencapai persetujuan mengenai laluan perkapalan baharu menerusi Selat Hormuz.
Namun, pembukaan semula selat itu bergantung kepada beberapa syarat lain, termasuk pampasan Amerika Syarikat kepada Iran.
Menurut Encik Araghchi, sistem pemisahan trafik perkapalan yang digunakan sebelum ini tidak lagi boleh diterima Tehran.
Iran sedang membincangkan laluan sementara dengan Oman sementara isu teknikal dan perundangan berhubung laluan kekal diselesaikan.
Iran dan Oman terletak di kedua-dua sisi Selat Hormuz.
Persetujuan antara kedua-dua negara mengenai pengurusan laluan strategik itu dilihat penting bagi mencapai persetujuan lebih luas untuk menamatkan perang yang bermula dengan serangan Amerika dan Israel terhadap Iran pada 28 Februari.
Sebelum perang, sekitar satu perlima penghantaran minyak dan gas dunia melalui Selat Hormuz.
Iran bertindak balas terhadap serangan Amerika dengan menyasarkan pangkalan Amerika di negara-negara Teluk dan Jordan serta kapal-kapal yang melalui selat tersebut.
AMERIKA SEDIA TARIK BALIK SEKATAN PELABUHAN IRAN
Seorang pegawai Amerika berkata Washington menjangkakan persetujuan antara Iran dengan Oman akan dicapai tidak lama lagi bagi membolehkan trafik minyak kembali seperti biasa.
Menurut pegawai itu, Amerika akan menarik balik sekatan terhadap pelabuhan Iran sebaik sahaja persetujuan untuk memulihkan perkapalan komersial tanpa halangan diumumkan.
Namun, beliau menegaskan tindakan Amerika akan bergantung kepada pelaksanaan komitmen Iran.
Pasukan Pengawal Revolusi Iran (IRGC) pula menyatakan pembukaan semula Selat Hormuz bergantung kepada Washington menerima syarat Tehran dan tidak berkaitan dengan rundingan Iran-Oman.
Jurucakap IRGC Hossein Mohebbi tidak memperincikan syarat tersebut tetapi berkata Washington perlu berhenti campur tangan dalam proses rundingan serantau.
"Apabila Amerika Syarikat menerima syarat Iran, Selat Hormuz sudah pasti akan dibuka semula," katanya seperti dipetik agensi berita Tasnim.
UAE DAKWA IRAN SERANG SEBUAH LAGI KAPAL
Dalam perkembangan berasingan, Amiriah Arab Bersatu (UAE) mendakwa Iran menyerang sebuah kapal yang mempunyai kaitan dengan syarikat minyak milik pemerintah negara itu menggunakan peluru berpandu ketika kapal berkenaan melalui Selat Hormuz.
Tiada kecederaan dilaporkan dalam serangan tersebut.
Pihak berkuasa Iran belum memberikan sebarang komen berhubung dakwaan itu.
Abu Dhabi National Oil Company pada Jumaat (7 Ogos) menyatakan 15 kapalnya diserang ketika melalui Selat Hormuz sejak perang bermula.
Menurut syarikat itu, serangan-serangan tersebut menyebabkan seorang anak kapal maut dan 20 yang lain cedera.
CADANGAN BERI IRAN KAWALAN KE ATAS KAPAL MASUK TELUK
Sumber memberitahu Reuters pada Rabu (5 Ogos) bahawa cadangan persetujuan antara Iran dengan Oman akan memberikan Tehran kawalan ke atas kapal yang memasuki Teluk menerusi Selat Hormuz.
Ia merupakan antara konsesi terbesar kepada Iran setakat ini dalam usaha menamatkan perang antara Iran dengan Amerika.
Para pegawai Amerika sebelum ini berulang kali menegaskan Washington tidak akan bersetuju dengan aturan yang membolehkan Iran mengawal akses ke laluan perdagangan penting bagi bekalan tenaga dunia itu.
Iran menggunakan perang tersebut sebagai alasan untuk mengenakan bayaran terhadap kapal tangki minyak.
Tindakan mengenakan bayaran serta melepaskan tembakan ke arah kapal yang cuba melalui selat itu tanpa kebenaran Iran menjejas penghantaran global, menyebabkan harga tenaga melonjak dan meningkatkan inflasi.
Serangan Iran terhadap kapal-kapal di Selat Hormuz turut berlaku seiring peningkatan serangan oleh sekutunya di Yaman, Houthi.
Anggota Houthi menyasarkan kapal-kapal di satu lagi laluan perkapalan penting di antara Laut Merah dengan Teluk Aden.

Sumber : Reuters/FD/fd
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.