Perang Amerika, Israel dan Iran: Tehran ancam bedil loji tenaga negara Teluk jika Amerika lancar serangan baharu
Anggaran Waktu Membaca:
Sistem peluru berpandu Iran dipamerkan di Dataran Azadi di Tehran pada 30 Julai 2026. (Gambar: Majid Asgaripour/WANA menerusi Reuters)
ANKARA: Iran memberi amaran kepada negara-negara Teluk bahawa sebarang serangan baharu Amerika Syarikat ke atas wilayahnya akan mencetuskan tindak balas terhadap kemudahan tenaga penting di seluruh rantau itu, menurut lima sumber.
Amaran itu disampaikan menerusi beberapa perhubungan diplomatik peringkat tinggi selepas Presiden Amerika Donald Trump pada 28 Julai mengancam untuk menyerang rangkaian tenaga dan prasarana Iran.
Dua pegawai kanan Iran, dua sumber Teluk dan seorang diplomat kanan serantau yang mengetahui mengenai perbincangan itu berkata Menteri Luar Iran Abbas Araghchi sudah menghubungi rakan sejawatannya dari Arab Saudi, Turki dan Qatar, serta ketua tentera Pakistan.
Menurut diplomat tersebut, Encik Araghchi menggesa sekutu Amerika di Teluk menggunakan pengaruh mereka terhadap Presiden Trump bagi menghalang Washington daripada melancarkan serangan baharu.
Beliau memberi amaran bahawa sebarang serangan terhadap Iran akan mencetuskan tindak balas terhadap aset Amerika dan kemudahan tenaga di seluruh Teluk.
Seorang sumber Teluk berkata amaran Iran itu jelas bahawa jika Amerika menyasarkan prasarana Iran, Tehran akan bertindak balas dengan menyerang kemudahan tenaga Teluk dan sasaran lain di rantau tersebut.
NEGARA TELUK GESA AMERIKA UTAMAKAN DIPLOMASI
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman kemudian menghubungi Presiden Trump dan menggesanya supaya menangguhkan tindakan ketenteraan, kembali kepada rundingan serta berusaha mencapai gencatan senjata dan huraian diplomatik, menurut para sumber.
Amaran Iran itu ditujukan kepada semua negara Teluk tetapi disampaikan terutamanya menerusi Arab Saudi dan Qatar.
Qatar, Oman dan Arab Saudi turut menggesa Washington supaya menyambung semula rundingan dengan Tehran dan mengelakkan perang baharu.
Seorang pegawai Iran memberi amaran bahawa satu lagi pusingan serangan Amerika boleh menyebabkan perang merebak ke seluruh rantau.
Pada 2 Ogos, Presiden Trump berkata beliau bersetuju membatalkan serangan terhadap Iran dengan syarat satu perjanjian dapat dicapai dengan segera.
Pada masa yang sama, Arab Saudi menegaskan ia akan mempertahankan wilayahnya jika diancam.
Seorang sumber Teluk berkata Riyadh memberi amaran bahawa sebarang serangan terhadap wilayah Arab Saudi akan dibalas dengan tindakan ketenteraan.
IRAN ANCAM SASAR PRASARANA PENTING
Menurut seorang pegawai Iran, sebarang serangan baharu Amerika boleh dibalas dengan serangan terhadap kemudahan tenaga, loji penapisan, grid elektrik, prasarana air, rangkaian pengangkutan dan medan minyak di seluruh Teluk.
Tehran dipercayai menggunakan ancaman terhadap prasarana penting ekonomi negara-negara Teluk sebagai tekanan bagi mendorong sekutu Washington supaya menghalang serangan baharu Amerika.
Iran turut berulang kali menuntut penutupan pangkalan tentera Amerika di Teluk dan menggesa negara-negara Arab Teluk supaya berhenti berkongsi risikan dengan Washington.
Tehran percaya maklumat tersebut digunakan untuk membantu serangan terhadap Iran.
Seorang diplomat kanan serantau berkata antara halangan utama untuk mencapai persetujuan ialah keengganan Washington membenarkan Tehran muncul daripada perang itu dengan mendakwa mencapai kemenangan.
Menurutnya, Amerika mahukan sesuatu yang boleh ditampilkan sebagai bukti bahawa ia memenangi perang tersebut.

Sumber : Reuters/FD/fd
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.