Skip to main content

Dunia

Perang Amerika, Israel dan Iran: Sorotan utama hari ke-6

Kebimbangan semakin meningkat bahawa konflik di Timur Tengah akan merebak melangkaui rantau itu ke perairan antarabangsa.
Anggaran Waktu Membaca:
Perang Amerika, Israel dan Iran: Sorotan utama hari ke-6
Sebuah kapal selam Amerika Syarikat telah menenggelamkan sebuah kapal perang Iran di selatan pesisiran Sri Lanka. (Gambar: x/Jabatan Perang Amerika)
New: You can now listen to articles.

This audio is generated by an AI tool.

Diterbitkan : 05 Mar 2026 11:28PM Dikemas Kini : 05 Mar 2026 11:33PM
TEHRAN: Kebimbangan semakin meningkat bahawa konflik di Timur Tengah akan merebak melangkaui rantau itu ke perairan antarabangsa.

Ini selepas Iran mengutuk keras tindakan Amerika Syarikat menyerang kapal perangnya di perairan Sri Lanka.

Pentagon mengesahkan kapal selamnya berjaya menenggelamkan kapal perang IRIS Dena milik Iran.

Pihak berkuasa Sri Lanka berjaya menyelamatkan 32 kelasi Iran dan menemukan 87 mayat.

Sementara itu dengan perang masuk hari keenam pada Khamis (5 Mac) tentera Amerika dan Israel terus menyerang sasaran di Iran, membunuh lebih 1,000 penduduk Iran setakat ini.

Bulan Sabit Merah Iran menyatakan lebih 170 bandar di seluruh negara itu sudah diserang.

Sekurang-kurangnya 105 adalah tapak awam – termasuk kemudahan perubatan dan pusat bantuan.

Dewan Senat Amerika yang dikuasai parti Republican menolak usul bagi mengehadkan kuasa Presiden Donald Trump untuk terus berperang dengan Iran tanpa kelulusan Kongres.

Dengan ini, Democrat gagal dalam percubaan untuk membuktikan bahawa perang tersebut adalah haram.

Ia turut mencerminkan jurang mendalam di antara kedua-dua parti berkaitan perang tersebut.

Sementara itu, tiga tinjauan pendapat utama yang dilakukan selepas Amerika dan Israel menyerang Iran mendapati ramai penduduk Amerika tidak menyokong perang tersebut.

Berdasarkan dapatan CNN, sekitar 60 peratus warganya tidak bersetuju dengan serangan yang dilakukan.

Dua lagi tinjuan oleh Reuters/Ipsos dan Washington Post pula menunjukkan dapatan yang hampir serupa.
Sumber : Agensi berita/IQ/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita