Skip to main content

Dunia

Perang Amerika, Israel dan Iran: Sorotan utama hari ke-5

Anggaran Waktu Membaca:
Perang Amerika, Israel dan Iran: Sorotan utama hari ke-5
(Gambar: REUTERS)
New: You can now listen to articles.

This audio is generated by an AI tool.

Diterbitkan : 05 Mar 2026 12:42AM Dikemas Kini : 05 Mar 2026 12:43AM
TEHRAN: Iran menyatakan ia mempunyai "kawalan penuh" ke atas Selat Hormuz, iaitu laluan perkapalan utama bagi kiriman minyak dan gas.

Pasukan Revolusi Islam Iran (IRGC) memberi amaran bahawa sebarang kapal yang melalui selat tersebut berdepan dengan serangan peluru berpandu atau dron.

Kenyataan itu dikeluarkan setelah Presiden Donald Trump menyatakan, tentera laut Amerika Syarikat mungkin mengiringi kapal-kapal tangki minyak di perairan itu jika perlu, serta memastikan bekalan tenaga dari Teluk tidak akan terganggu.

Sementara itu sumber-sumber Iran mengesahkan kepada Reuters bahawa Mojtaba Khamenei, iaitu anak Ayatollah Khamenei, masih hidup dan terselamat daripada serangan-serangan Israel.

Encik Mojtaba Khamenei kini disebut-sebut sebagai calon utama untuk menjadi pengganti bapanya selaku Pemimpin Ulung Iran.

Sesetengah pihak menyatakan, jika ternyata benar, ini menandakan suatu kemenangan bagi golongan tegar.

Media Iran sejauh ini tidak melaporkan di mana Encik Mojtaba Khamenei berada.

Sumber-sumber dalaman pemerintah Iran menyifatkan beliau sebagai seorang pemimpin yang berkebolehan yang ada hubungan rapat dengan IRGC, serta dengan pasukan Quds dan Basij yang berpengaruh.

Dalam perkembangan lain, upacara tiga hari bagi orang ramai memberi penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei dilapor akan bermula lewat malam ini waktu tempatan.

Media rasmi negara, Irna, melaporkan upacara pengebumian negara bagi beliau pula akan diumumkan kemudian.

Ayatollah Khamenei akan dikebumikan di bandar kelahirannya di Mashhad.
Sumber : Reuters/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita