Perang Amerika, Israel dan Iran: Sorotan Utama Hari ke-27
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Perdana Menteri Lawrence Wong mengadakan perbincangan menerusi telefon dengan Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim pada Rabu (25 Mac) mengenai perkembangan terkini di Timur Tengah.
Ini termasuk kesannya terhadap bekalan minyak global dan bagaimana mereka boleh melakukan lebih banyak lagi untuk melindungi mata pencarian rakyat masing-masing dam kestabilan serantau.
PM Wong menambah, Singapura dan Malaysia akan terus menyelaras dengan rapat isu-isu yang penting kepada kedua-dua negara.
Sementara itu, pemerintah Sinagpura mungkin campur tangan jika perlu, sedang konflik Timur Tengah terus memberi kesan terhadap sektor pengangkutan Singapura.
Buat masa ini, Pemangku Menteri Pengangkutan Jeffrey Siow berkata, sebahagian kesannya diuruskan melalui penyesuaian pasaran, termasuk kenaikan tambang pesawat serta langkah-langkah sokongan bagi para pemandu.
Di Malaysia, PM Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa kakitangan awam akan dibenarkan bekerja dari rumah secara terpilih, dan mengajak sektor swasta untuk berbuat demikian.
Malaysia juga akan mengurangkan kuota bagi petrol RON95 daripada 300 liter sebulan kepada 200 liter sebulan mulai 1 April ini, bagi menangani krisis tenaga global.
Di sekitar Asia, Filipina dilaporkan mendapat kiriman minyak Rusia sehari selepas Manila buat pertama kalinya mengisytiharkan darurat tenaga di seluruh negara.
Di Korea Selatan, Presiden Lee Jae Myung menggesa penduduk supaya menjimatkan penggunaan elektrik berikutan kenaikan harga bahan api.
Jepun pula sudah mula menggunakan rizab strategiknya, dengan mengeluarkan minyak tambahan bagi menstabilkan bekalan.
Di Thailand, kerajaannya pula mengurangkan subsidi akibat beban lonjakan harga minyak, setelah harga bahan api melonjak sehingga 22 peratus.

Sumber : AGENCIES/AI/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.