Perang Amerika, Israel dan Iran: Skala pembunuhan di Lubnan 'mengerikan': Ketua Hak Asasi PBB
Anggaran Waktu Membaca:
Kepulan asap dilihat menyusuli serangan udara Israel di Beirut, Lubnan pada Rabu, 8 April 2026. (Gambar: AP/Hassan Ammar)
GENEVA: Skala pembunuhan dalam serangan Israel ke atas Lubnan pada Rabu (8 Apr) adalah "mengerikan", menurut ketua hak asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sambil menggesa masyarakat antarabangsa supaya membantu menamatkan "mimpi ngeri" yang sedang berlaku itu.
Sekurang-kurangnya 182 orang terbunuh dan lagi 900 cedera di Lubnan pada Rabu (8 Apr) selepas Israel melancarkan gelombang serangan yang belum pernah disaksikan sebelum ini dalam perang yang sedang berlaku sekarang, menurut angka terkini Kementerian Kesihatan Lubnan.
Volker Turk, Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), mengutuk serangan itu, sambil mengatakan jumlah yang terbunuh dan cedera adalah mengerikan.
"Skala pembunuhan dan kemusnahan di Lubnan hari ini sangat mengerikan," katanya dalam satu kenyataan.
"Pembunuhan beramai-ramai sedemikian, dalam masa beberapa jam selepas bersetuju dengan gencatan senjata dengan Iran, tidak boleh diterima. Ia memberi tekanan yang besar kepada keamanan yang rapuh, yang sangat diperlukan oleh orang awam."
Kematian besar-besaran telah dilaporkan, dan hospital terbeban dengan jumlah kematian dan kecederaan, tambah kenyataan itu.
Sebuah pasukan Hak Asasi Manusia PBB di lokasi serangan di Beirut menggambarkan pemandangan kemusnahan, dengan beberapa mayat di tengah-tengah runtuhan.
"SIASATAN SEGERA"
Undang-undang kemanusiaan antarabangsa menyatakan dengan jelas bahawa orang awam dan infrastruktur awam mesti dilindungi, kata Encik Turk.
"Setiap serangan mesti mematuhi prinsip asas undang-undang kemanusiaan antarabangsa iaitu perbezaan, perkadaran dan langkah berjaga-jaga untuk melindungi keselamatan orang awam," katanya lagi.
"Prinsip-prinsip ini tidak boleh dirundingkan, dan mesti sentiasa dihormati, walau apa pun keadaan konflik bersenjata.
"Mesti ada siasatan segera dan bebas terhadap semua dakwaan berlaku pelanggaran, dan mereka yang bertanggungjawab mesti dibawa ke muka pengadilan."
Lubnan terlibat dalam perang Timur Tengah pada 2 Mac apabila Hezbollah yang disokong Tehran mula melancarkan roket ke arah Israel untuk membalas dendam atas pembunuhan pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Encik Turk juga mengecam serangan peluru berpandu dan dron Hezbollah ke utara Israel, dan menggesa kedua-dua pihak supaya menghentikan pertempuran dengan serta-merta.
Lebih sejuta orang kehilangan tempat tinggal di Lubnan akibat perang tersebut, dan Israel telah melancarkan pencerobohan darat di bahagian selatan Lubnan.
"Skala tindakan sedemikian, ditambah pula dengan kenyataan pegawai Israel yang menyuarakan hasrat untuk menduduki sebahagian selatan Lubnan, amat membimbangkan," kata Encik Turk.
"Masyarakat antarabangsa mesti bertindak pantas untuk membantu menamatkan mimpi ngeri ini.
"Usaha untuk membawa keamanan ke rantau yang lebih luas tidak akan lengkap selagi rakyat Lubnan hidup di bawah serangan berterusan, terpaksa diusir, dan dalam ketakutan terhadap serangan selanjutnya."

Sumber : AFP/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.