Perang Amerika, Israel dan Iran: Sistem pertahanan udara Saudi tingkat perlindungan tapak suci
Sebagai sebahagian daripada sistem kesiapsiagaan bersepadu Kementerian Pertahanan Saudi, Pasukan Pertahanan Udara ditugaskan untuk melindungi ruang udara tapak-tapak suci semasa Haji 1447 Hijrah, menggunakan sistem pertahanan canggih dan anggota berkelayakan yang bertugas sepanjang masa, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA).
Pasukan Pertahanan Udara Saudi mempertingkat kawalan ruang udara di tapak-tapak suci sempena musim Haji 1447 Hijrah. (Gambar: Saudi Press Agency melalui Bernama)
Usaha tersebut adalah untuk menjaga keselamatan para jemaah haji dan memudahkan pelaksanaan ibadah mereka dalam suasana yang selamat dan terjamin.
Pasukan itu menjalankan pelan operasi yang jitu dalam penyelarasan dengan pelbagai sektor ketenteraan dan keselamatan, termasuk mengaktifkan sistem pengawasan dan pemantauan udara serta keupayaan pemintasan moden, sambil terus menjejaki keadaan udara dan mengekalkan tahap kesediaan yang tinggi untuk bertindak balas segera terhadap sebarang ancaman.
Penyertaan Pasukan Pertahanan Udara dalam misi Haji mencerminkan kerjasama bersepadu antara pihak tentera dengan pelbagai entiti keselamatan Saudi dalam usaha melayani jemaah haji.
Ia dilaksanakan menerusi rangka kerja nasional yang padu bagi mempertingkatkan aspek keselamatan dan perlindungan Tanah Suci.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.