Perang Amerika, Israel dan Iran: Setiausaha Majlis Keselamatan Iran bertegas tidak akan berunding dengan Amerika susuli pembunuhan Khamenei
Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Iran, Ali Larijani menegaskan bahawa Tehran tidak akan mengadakan sebarang rundingan dengan Amerika Syarikat menyusuli serangan yang mengorbankan pemimpin ulung Ayatollah Ali Khamenei.
Anggaran Waktu Membaca:
TEHRAN: Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Iran, Ali Larijani menegaskan bahawa Tehran tidak akan mengadakan sebarang rundingan dengan Amerika Syarikat menyusuli serangan yang mengorbankan pemimpin ulung Ayatollah Ali Khamenei.
Kenyataan itu dibuat melalui platform X, sebagai respons terhadap laporan media Barat mengenai dakwaan usaha rundingan baharu.
Encik Ali Larijani dalam kenyataannya menafikan laporan The Wall Street Journal yang mendakwa beliau cuba menghidupkan semula rundingan nuklear melalui perantara Oman, sambil menyifatkan dakwaan tersebut sebagai tidak berasas.
Beliau menegaskan pendirian Iran kekal teguh untuk tidak berurusan dengan Washington, yang menurutnya mencetuskan ketidakstabilan besar di Timur Tengah menerusi tindakan ketenteraan yang agresif.
Beliau turut menyelar Presiden Donald Trump, menuduh pemimpin itu menggadaikan nyawa tentera Amerika demi kepentingan Israel, selain mendakwa dasar “Israel First” mendorong Washington ke arah tindakan ketenteraan yang memusnahkan rantau berkenaan.
Encik Ali Larijani memberi amaran bahawa rakyat dan anggota tentera Amerika akhirnya akan menanggung padah daripada keputusan tersebut.
Beliau menegaskan bahawa Iran akan terus mempertahankan kedaulatan negara itu daripada sebarang bentuk pencerobohan, sekali gus menutup rapat ruang spekulasi mengenai kemungkinan rundingan baharu dengan Amerika akan diadakan dalam masa terdekat.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.