Skip to main content

Dunia

Perang Amerika, Israel dan Iran: Setiausaha Agung NATO tolak tanggapan Amerika tarik diri

Setiausaha Agung Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) Mark Rutte menolak tanggapan bahawa Amerika Syarikat mungkin menarik diri daripada perikatan itu dalam satu wawancara yang diterbitkan pada Sabtu (18 Apr), lapor Xinhua.

Anggaran Waktu Membaca:
Perang Amerika, Israel dan Iran: Setiausaha Agung NATO tolak tanggapan Amerika tarik diri

Setiausaha Agung Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) Mark Rutte. (Gambar: REUTERS/David W Cerny)

New: You can now listen to articles.

This audio is generated by an AI tool.

Diterbitkan : 19 Apr 2026 09:38PM
BERLIN: Setiausaha Agung Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) Mark Rutte menolak tanggapan bahawa Amerika Syarikat mungkin menarik diri daripada perikatan itu dalam satu wawancara yang diterbitkan pada Sabtu (18 Apr), lapor Xinhua.

Dalam wawancara dengan akhbar Jerman WELT AM SONNTAG, Encik Rutte berkata beliau tidak fikir bahawa Amerika Syarikat akan keluar daripada NATO, namun menegaskan keperluan Eropah yang lebih kukuh dalam sebuah perikatan yang lebih kuat.

Kenyataan itu dibuat sedang ketegangan semakin memuncak selepas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengecam sekutu Eropah kerana enggan menyokong perangnya dengan Iran, menyifatkan mereka sebagai pengecut, dan pada masa sama membayangkan kemungkinan Amerika Syarikat keluar daripada NATO.

Menurut Encik Rutte, Encik Trump jelas kecewa dengan beberapa anggota NATO.

Tambah Encik Rutte, beliau memahami kekecewaan presiden Amerika Syarikat itu dan menegaskan perlindungan keselamatan Amerika Syarikat, termasuk keupayaan nuklearnya kekal sebagai jaminan utama kepada keselamatan Eropah.
Sumber : Bernama/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita