Skip to main content

Dunia

Perang Amerika, Israel dan Iran: Serangan dron Iran cetus kebakaran, rosakkan kompleks pemerintah Kuwait

Kuwait mengesahkan sebuah serangan dron yang dipercayai dilancarkan oleh Iran mencetuskan kebakaran serta menyebabkan kerosakan ketara pada beberapa kompleks pemerintah dan sektor minyak negara itu, lapor Astro Awani.

Anggaran Waktu Membaca:
Perang Amerika, Israel dan Iran: Serangan dron Iran cetus kebakaran, rosakkan kompleks pemerintah Kuwait

Dron dan peluru berpandu Iran merosakkan bangunan Kementerian Minyak Kuwait di Shuwaik. (Gambar: X/@corefrontline)

Diterbitkan : 05 Apr 2026 12:21PM
KUWAIT: Kuwait mengesahkan sebuah serangan dron yang dipercayai dilancarkan oleh Iran mencetuskan kebakaran serta menyebabkan kerosakan ketara pada beberapa kompleks pemerintah dan sektor minyak negara itu, lapor Astro Awani.

Menurut Agensi Berita Rasmi Kuwait (KUNA), Kuwait Petroleum Corporation (KPC) memaklumkan kebakaran tercetus di kompleks sektor minyak Shuwaikh, yang menempatkan Kementerian Minyak dan ibu pejabat KPC, menyusuli serangan dron berkenaan.

Tiada kecederaan dilaporkan dan pasukan kecemasan serta bomba segera dikerahkan untuk mengawal dan memadamkan kebakaran, lapor Astro Awani.

Dalam perkembangan berasingan, media pemerintah Kuwait, memetik Kementerian Kewangan, melaporkan sebuah dron Iran turut menyerang kompleks pejabat kementerian pemerintah, menyebabkan kerosakan material yang ketara namun tidak mengakibatkan sebarang korban jiwa.

Pihak berkuasa Kuwait setakat ini belum menyatakan langkah susulan diplomatik atau keselamatan secara terperinci, sedang ketegangan serantau terus meruncing berikutan perang melibatkan Iran, Amerika Syarikat dan Israel, lapor Astro Awani.
Sumber : Agensi berita/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita