Skip to main content

Dunia

Perang Amerika, Israel dan Iran: Selat Hormuz 'dibuka semula sepenuhnya' kepada semua kapal komersial

Anggaran Waktu Membaca:
Perang Amerika, Israel dan Iran: Selat Hormuz 'dibuka semula sepenuhnya' kepada semua kapal komersial

Kerosakan pada jeti nelayan di pelabuhan pulau Qeshm, Iran, dilihat pada 13 April 2026 dengan latar belakang kapal-kapal di Selat Hormuz, 13 Apr 2026. (Gambar fail: AP/Asghar Besharati)

Diterbitkan : 17 Apr 2026 09:34PM Dikemas Kini : 17 Apr 2026 09:48PM
Menteri Luar Iran menyatakan pada Jumaat (17 April) bahawa laluan bagi semua kapal komersial melalui Selat Hormuz kini diisytiharkan sudah dibuka semula sepenuhnya.

Langkah ini "selaras dengan gencatan senjata di Lubnan", kata Menteri Ehwal Luar Iran Abbas Araghchi dalam satu catatan di X.

"Laluan untuk semua kapal komersial melalui Selat Hormuz diisytiharkan sudah dibuka semula sepenuhnya sepanjang baki tempoh gencatan senjata, mengikut laluan yang diselaraskan seperti yang diumumkan oleh Pertubuhan Pelabuhan dan Maritim Iran," katanya lagi.

Menyusuli pengumuman Encik Abbas, harga minyak jatuh kira-kira 9 peratus, meneruskan kejatuhan harga yang berlaku sebelum ini.

Niaga hadapan minyak mentah Brent susut sebanyak AS$8.46 atau 8.5 peratus kepada AS$90.93 (S$115.35) setong pada pukul 1.00 tengah hari waktu tempatan. Manakala, niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) Amerika Syarikat jatuh AS$8.87 (S$11.25) atau 9.4 peratus kepada AS$85.82 (S$108.87) setong.
Sumber : Reuters/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita