Perang Amerika, Israel dan Iran: Rundingan Iran dengan Amerika Syarikat masih berjalan, biarpun mesyuarat di Switzerland ditangguh
Anggaran Waktu Membaca:
Baghaei berkata rundingan tentang perjanjian muktamad tertakluk kepada pelaksanaan beberapa fasal dalam memorandum. (Gambar fail: BERNAMA)
ISTANBUL: Jurucakap Kementerian Luar Iran Esmaeil Baghaei memaklumkan pada Jumaat (19 Jun) bahawa rundingan melalui orang tengah sedang berjalan bagi fasa seterusnya dengan Amerika Syarikat untuk merangka perjanjian muktamad, selepas mesyuarat yang dirancang di Switzerland ditangguhkan, lapor Anadolu Ajansi.
Bercakap kepada pemberita di Tehran, Encik Baghaei berkata butiran mengenai pusingan rundingan seterusnya akan diumumkan sebaik sahaja syarat-syarat untuk perbincangan itu dipenuhi.
Beliau mengesahkan bahawa mesyuarat di Switzerland yang dijadualkan pada Jumaat telah ditangguhkan ke satu tarikh lain.
Encik Baghaei berkata rundingan mengenai perjanjian muktamad tertakluk kepada pelaksanaan beberapa fasal dalam memorandum berkenaan, termasuk gencatan senjata, penarikan balik sekatan maritim Amerika Syarikat, pembukaan semula laluan perkapalan melalui Selat Hormuz, pengecualian untuk eksport minyak Iran serta pelepasan aset Iran yang dibekukan.
Beliau turut menafikan laporan bahawa Iran telah mengundang Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) untuk memeriksa kemudahan nuklearnya.
Encik Baghaei berkata perbincangan mengenai program nuklear Iran akan berlangsung selama 60 hari di bawah memorandum berkenaan, manakala aktiviti nuklear sedia ada akan kekal tidak berubah dalam tempoh itu.
Beliau berkata pemeriksaan di tapak seperti Bushehr akan diteruskan, manakala akses kepada kemudahan yang terjejas akibat serangan Amerika Syarikat dan Israel akan bergantung kepada hasil rundingan.
Menurutnya, satu daripada tujuan mesyuarat di Switzerland itu adalah untuk menandatangani memorandum dan membincangkan persiapan bagi rundingan peringkat akhir, tetapi ia tidak lagi diperlukan selepas dokumen berkenaan ditandatangani secara digital pada 18 Jun. Persiapan kini sedang dijalankan untuk satu lagi pertemuan dalam masa terdekat.
Terdahulu pada Jumaat, Kementerian Luar Switzerland menyatakan bahawa rundingan yang dirancang antara Amerika Syarikat, Iran, Qatar dan Pakistan telah dibatalkan dan ditangguhkan, sambil menambah bahawa pihaknya sentiasa bersedia untuk memudah cara dialog berkenaan.
Pengumuman itu dibuat selepas Rumah Putih memaklumkan bahawa Naib Presiden Amerika JD Vance tidak akan ke Switzerland berikutan isu logistik yang belum selesai bagi rundingan teknikal dengan Iran.
Pada Rabu, Presiden Amerika Donald Trump dan Presiden Iran Masoud Pezeshkian menandatangani "Memorandum Persefahaman Islamabad" secara elektronik, yang diisytiharkan melalui pengantaraan Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif.
Memorandum berkenaan bertujuan membuka jalan bagi menamatkan perang yang dilancarkan oleh Washington dan Tel Aviv terhadap Iran pada 28 Feb serta membuka semula Selat Hormuz sebagai sebahagian daripada usaha meredakan ketegangan.

Sumber : Bernama/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.