Skip to main content

Dunia

Perang Amerika, Israel dan Iran: Ruang udara Kuwait ditutup; semua penerbangan digantung sementara

Anggaran Waktu Membaca:
Perang Amerika, Israel dan Iran: Ruang udara Kuwait ditutup; semua penerbangan digantung sementara

Gambar hiasan pesawat di ruang udara. (Gambar fail: BERNAMA)

Diterbitkan : 18 Jul 2026 04:15PM
  • Kuwait Airways menggantung semua operasi penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuwait selepas ruang udara negara ditutup akibat serangan Iran.
  • Keputusan ini diambil untuk memastikan keselamatan penumpang dan kru penerbangan kerana ruang udara dianggap tidak selamat.
  • Jadual penerbangan antarabangsa dan domestik terpaksa disusun semula, dan penumpang diminta sentiasa mengikuti perkembangan serta kemas kini jadual.
  • Pihak syarikat memberi jaminan maklumat pemulihan operasi atau perubahan jadual akan dimaklumkan terus kepada penumpang melalui notifikasi dan SMS.
Dijana oleh AI

KUWAIT CITY: Semua operasi penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuwait digantung sementara menyusuli penutupan ruang udara negara itu berikutan serangan terbaharu Iran.

Syarikat penerbangan, Kuwait Airways, menyatakan keputusan itu diambil bagi menjamin keselamatan penumpang dan kru penerbangan selepas ruang udara negara itu disahkan tidak selamat untuk operasi penerbangan komersial.

Pengumuman itu dibuat selepas syarikat tersebut memaklumkan bahawa jadual sebahagian besar penerbangan antarabangsa dan domestik terpaksa disusun semula menyusuli ancaman keselamatan yang semakin meningkat.

Menerusi catatan di platform X, Kuwait Airways menggesa semua penumpang supaya mengikuti perkembangan semasa dan menyemak kemas kini jadual penerbangan dari semasa ke semasa.

Syarikat itu turut memberi jaminan bahawa sebarang maklumat mengenai pemulihan operasi atau perubahan jadual akan dimaklumkan secara langsung kepada penumpang menerusi notifikasi dan khidmat pesanan ringkas (SMS) berdasarkan maklumat tempahan yang didaftarkan.

Penutupan ruang udara dan penggantungan operasi lapangan terbang utama negara itu berlaku sedang konflik di Timur Tengah terus memuncak.

Sebelum ini, beberapa infrastruktur penting di Kuwait, termasuk loji janakuasa elektrik dan penyulingan air, dilaporkan menjadi sasaran serangan yang dikaitkan dengan Iran.

Sumber : Agensi berita/IM/ll
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita