Perang Amerika, Israel dan Iran: Qatar, Mesir usul gencatan senjata 10 hari antara Amerika-Iran
Anggaran Waktu Membaca:
Ilustrasi bendera Iran dan Amerika Syarikat. (Gambar: ANTARA/Anadolu)
MOSKO: Qatar dan Mesir dilaporkan mengemukakan cadangan gencatan senjata selama 10 hari antara Amerika Syarikat dengan Iran bagi membuka ruang kepada usaha diplomatik, menurut laporan Axios pada Isnin (20 Jul).
Laporan itu, yang memetik beberapa sumber, menyatakan Pakistan serta beberapa pihak pengantara serantau lain turut menyokong cadangan tersebut.
Menurut Axios, pentadbiran Presiden Amerika Syarikat Donald Trump kini sedang meneliti cadangan tersebut.
Washington juga dilaporkan meminta Israel supaya mengelakkan sebarang tindakan yang boleh menjejaskan peluang bagi penyelesaian konflik menerusi saluran diplomatik.
Pada masa yang sama, Amerika Syarikat dikatakan terus membuat persiapan sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya rundingan gagal mencapai persetujuan.
Dalam perkembangan berkaitan, tentera Israel dilaporkan meningkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi kemungkinan konflik memuncak kepada kempen ketenteraan berskala penuh dalam tempoh beberapa hari akan datang.
Cadangan gencatan senjata itu turut merangkumi penghentian sementara permusuhan, pembukaan semula laluan perkapalan di Selat Hormuz serta memberi peluang kepada Washington dan Teheran menyelamatkan Memorandum Persefahaman yang dipersetujui sebelum ini.

Sumber : Agensi berita/FD/fd
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.