Skip to main content

Dunia

Perang Amerika, Israel dan Iran: Pusingan baharu rundingan Lubnan-Israel bermula

Lubnan mengadakan pusingan baharu rundingan bersama Israel pada Selasa (23 Jun) di Washington.

Anggaran Waktu Membaca:
Perang Amerika, Israel dan Iran: Pusingan baharu rundingan Lubnan-Israel bermula

Kereta dan motosikal berlalu di hadapan papan iklan yang menampilkan gambar Pemimpin Tertinggi Iran Ayatollah Mojtaba Khamenei dan bapanya Ali Khamenei di sepanjang lebuh raya menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Rafic Hariri di Beirut, Lubnan pada 22 Jun 2026. (Gambar fail: Reuters/Mohamed Azakir)

Diterbitkan : 23 Jun 2026 03:43PM Dikemas Kini : 23 Jun 2026 03:54PM
  • Lubnan dan Israel mengadakan rundingan baharu di Washington pada 23 Jun untuk mencari penyelesaian kepada konflik yang bermula sejak 2 Mac.
  • Pihak berkuasa Lubnan menegaskan rundingan secara langsung adalah satu-satunya cara menamatkan perang, walaupun Iran cuba melibatkan Lubnan dalam rundingannya dengan Amerika Syarikat.
  • Empat pusingan rundingan sebelum ini gagal mencapai gencatan senjata berkekalan, dan perjanjian Iran-Amerika Syarikat baru-baru ini menjejaskan kedudukan Lubnan serta Hezbollah.
  • Pegawai Lubnan meragui kemajuan rundingan kerana isu kepercayaan dan tuntutan yang tidak dapat dipenuhi antara kedua-dua pihak.
Dijana oleh AI
BEIRUT: Lubnan mengadakan pusingan baharu rundingan bersama Israel pada Selasa (23 Jun) di Washington.

Beirut bertekad untuk meneruskan dengan rundingan secara langsung itu walaupun ia dibayangi oleh keputusan Iran untuk menjadikan Lubnan sebahagian daripada rundingannya bersama Amerika Syarikat.

Pihak berkuasa Lubnan menegaskan rundingan secara bersemuka dengan Israel adalah satu-satunya cara untuk menamatkan perang yang meletus sejak 2 Mac, apabila kumpulan bersenjata Hezbollah menyerang Israel sebagai tanda sokongan bersama Iran dan mencetuskan serangan udara dan darat dari Israel yang mengorbankan lebih 4,000 orang di Lubnan.

Namun empat pusingan rundingan Lubnan-Israel yang diadakan sejak April lalu gagal menghasilkan gencatan senjata yang bertahan lama.

Sebaliknya, pertempuran selama tempoh yang lama berhenti pada minggu ini setelah Iran dan Amerika Syarikat memeterai memorandum persefahaman yang menentukan pertempuran akan dihentikan dari semua medan, termasuk Lubnan.

Perjanjian itu menggoyahkan kedudukan kumpulan Hezbollah yang disokong Iran serta memberi tamparan kepada Lubnan, di mana pemimpinnya termasuk Presiden Joseph Aoun berkali-kali memberi amaran bahawa Tehran tidak boleh berunding bagi pihak Lubnan.

Seorang pegawai Lubnan dan dua pegawai asing yang bertugas di Lubnan memberitahu Reuters bahawa perjanjian Iran-Amerika Syarikat melumpuhkan bantuan dari Beirut menyebabkan ia berada di kedudukan paling lemah, selain menimbulkan persoalan terhadap wajarnya rundingannya bersama Israel pada minggu ini

Pegawai Lubnan itu juga sangsi jika sebarang kemajuan ketara dapat diraih daripada rundingan itu, yang dijadual berlangsung selama tiga hari.

"Masih terdapat isu asas kepercayaan antara kami dengan pihak Israel dalam rundingan ini. Kami tidak dapat memenuhi tuntutan mereka, dan mereka menolak semua tuntutan kami," kata pegawai tersebut.
Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita