Perang Amerika, Israel dan Iran: Pope Leo gesa dunia terus peka terhadap perang global, berusaha ke arah keamanan
Pope Leo memimpin para penganut Katolik di seluruh dunia untuk menyambut Paskah dalam misa yang diadakan pada Sabtu malam (4 Apr) di Basilika St Peter.
Pope Leo XIV memimpin misa malam Paskah di Basilika St Peter di Vatican pada 4 April 2026. (Gambar: REUTERS/Guglielmo Mangiapane)
This audio is generated by an AI tool.
Beliau turut menggesa orang ramai supaya tidak mengambil sikap tidak peduli terhadap skala perang yang melanda dunia dan berusaha mencapai keamanan.
Pope Leo, yang merupakan pengkritik lantang terhadap perang Iran berkata bahawa rasa tidak percaya dan ketakutan dibiarkan "memutuskan ikatan antara kita melalui perang, ketidakadilan serta pengasingan rakyat dan negara".
"Kita tidak harus biarkan diri kita dilumpuhkan!" tegas pope pertama dari Amerika Syarikat dalam upacara bagi malam paling suci dalam kalendar Katolik.
Pope Leo tidak menyebut sebarang perang tertentu di upacara tersebut, di mana beliau turut membaptiskan 10 orang dewasa yang memeluk agama Katolik.
POPE SERU KEAMANAN DAN KEADILAN
Dalam khutbahnya kepada ribuan jemaah di gereja terbesar dalam dunia Kristian itu, Pope Leo menggesa para penganut Katolik agar mencontohi orang-orang suci yang, menurut beliau, berjuang demi keadilan supaya “anugerah Paskah berupa keharmonian dan keamanan dapat berkembang dan mekar di mana-mana.”
Pope Leo, yang dikenali kerana memilih kata-katanya dengan teliti, sejak kebelakangan ini semakin lantang mengecam perang Iran.
Beliau turut membuat rayuan secara langsung kepada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada Selasa lalu, dengan menggesa presiden itu agar mencari “jalan keluar” untuk menamatkan perang tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.