Perang Amerika, Israel dan Iran: PM Anwar pengerusikan Mesyuarat Khas Menteri Besar, Ketua Menteri
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Khas Menteri Besar dan Ketua Menteri untuk meneliti secara menyeluruh perkembangan krisis tenaga global susulan konflik di Timur Tengah.
(Gambar Facebook Anwar Ibrahim)
This audio is generated by an AI tool.
Encik Anwar berkata pendekatan yang diambil berteraskan data serta realiti semasa supaya setiap pimpinan negeri dapat bertindak secara selari, bersepadu dan berpaksikan fakta bersama Kerajaan Persekutuan.
“Semangat kebersamaan antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri kekal menjadi teras utama dan saya yakin Malaysia akan terus teguh, berdaya tahan serta mampu melindungi rakyat dalam apa jua keadaan,” katanya lagi menerusi catatan di laman Facebooknya.
Perdana Menteri Malaysia itu berkata kerajaan menggerakkan perancangan senario yang teliti dan menyeluruh bagi mendepani pelbagai kemungkinan, termasuk memastikan kesinambungan bekalan tenaga negara sentiasa terjamin dalam apa jua keadaan.
“Fokus Kerajaan MADANI kekal tegas dan tidak berganjak, memastikan kestabilan bekalan, membendung tekanan kenaikan harga serta melindungi rakyat daripada kesan langsung krisis ini.
“Setiap langkah dilaksana dengan penuh tanggungjawab dan pertimbangan, dengan keutamaan jelas untuk menjaga kebajikan rakyat melalui inisiatif sokongan yang bersasar dan berkesan,” katanya lagi.
Pada masa yang sama, Encik Anwar berkata libat urus strategik bersama semua pemegang kepentingan termasuk pihak industri dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) akan terus diperkukuh agar setiap pendekatan bersifat menyeluruh, seimbang dan berimpak tinggi.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.