Perang Amerika, Israel dan Iran: Pesawat sewaan khas bawa pulang lebih 160 rakyat Malaysia dari Timur Tengah
Seramai 164 rakyat Malaysia yang terkandas di zon konflik Timur Tengah dijadualkan tiba di tanah air pada Rabu (11 Mac).
Anggaran Waktu Membaca:
JEDDAH: Lebih 160 rakyat Malaysia yang terkandas di zon konflik Timur Tengah dijadualkan tiba di tanah air pada Rabu (11 Mac).
Selain rakyat Malaysia, kumpulan itu juga melibatkan lima warga Thailand yang merupakan ahli keluarga kepada rakyat Malaysia yang terjejas serta seorang warga Indonesia.
Kesemua 170 penumpang yang menaiki pesawat sewaan khas Malaysia Airlines dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 11.00 pagi Rabu.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Krisis Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Fauzan Amin Misnon berkata kesemua mereka dibawa pulang dari empat negara iaitu Arab Saudi (Jeddah), Syria, Jordan dan Qatar (Doha).
"Proses membawa pulang mereka berjalan lancar hasil kerjasama erat dengan Perwakilan Diplomatik Malaysia di Jeddah.
"Kesemua mereka pulang secara sukarela selepas berdaftar melalui sistem online yang disediakan oleh Kementerian Luar Negeri (KLN)," kata beliau yang turut menyertai Operasi Evakuasi Rakyat Malaysia dari Zon Konflik Timur Tengah digerakkan kerajaan itu.
Encik Fauzan Amin berkata secara keseluruhannya semua penumpang berada dalam keadaan baik, namun terdapat dua individu yang memerlukan perhatian khusus berikutan masalah kesihatan.
Operasi itu dilaksanakan atas arahan Perdana Menteri Anwar Ibrahim agar semua langkah yang perlu digerakkan dengan segera bagi memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia di kawasan terlibat sentiasa terpelihara.
Awal dari itu, pesawat sewaan khas Malaysia Airlines bagi Operasi Evakuasi Rakyat Malaysia dari Zon Konflik Timur Tengah selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz di Jeddah, Arab Saudi pada pukul 8.35 malam (pukul 1.35 pagi, Rabu, 11 Mac, waktu Malaysia).
Pesawat Airbus A330-300 mengisi bahan api, sebelum meneruskan penerbangan pulang ke Malaysia.
Dengan jendela masa yang singkat menyusuli faktor teknikal, proses pengambilan penumpang di Lapangan Terbang Jeddah menjadi lebih mencabar.
Namun, Perwakilan Malaysia dan Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah mengambil langkah proaktif dengan mengumpulkan kesemua penumpang di ruang menunggu lebih awal.
Sebelum ini, kerajaan Malaysia menyatakan komitmen untuk melakukan segala yang termampu untuk memastikan rakyat Malaysia yang terlibat kembali ke tanah air dengan selamat.
Misi itu turut membawa pulang sekumpulan rakyat Malaysia yang sebelum ini terkandas di beberapa lokasi, yang terdiri daripada pelajar, pengembara serta jemaah umrah.
Operasi bersepadu tersebut diterajui oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan kerjasama Kementerian Luar Negeri serta pejabat-pejabat Perwakilan Malaysia di rantau Timur Tengah.
Penerbangan itu yang turut disertai wartawan dan jurufoto Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) serta jurukamera Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Ketegangan di Timur Tengah meruncing sejak 28 Februari menyusuli serangan Israel dan Amerika Syarikat ke atas Iran, diikuti serangan balas Tehran terhadap kepentingan Amerika Syarikat di negara Teluk.

Sumber : Bernama/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.