Perang Amerika, Israel dan Iran: Pesawat sewaan khas bawa pulang 163 warga Malaysia selamat tiba di KLIA
Sebanyak 163 rakyat Malaysia yang sebelum ini terkandas di beberapa negara di rantau Timur Tengah selamat tiba di tanah air pada Rabu (11 Mac) pukul 12.32 tengah hari.
Anggaran Waktu Membaca:
SEPANG: Sebanyak 163 rakyat Malaysia yang sebelum ini terkandas di beberapa negara di rantau Timur Tengah selamat tiba di tanah air pada Rabu (11 Mac) pukul 12.32 tengah hari.
Menurut Kementerian Luar, kumpulan itu merangkumi jemaah umrah dari Arab Saudi serta rakyat Malaysia dari Qatar, Jordan dan Syria, yang terjejas menyusuli gangguan jadual penerbangan serta penutupan ruang udara di rantau berkenaan.
Penerbangan sewaan khas Malaysia Airlines MH8503 bagi Operasi Evakuasi Rakyat Malaysia dari Zon Konflik Timur Tengah yang berangkat dari Jeddah pada awal pagi Rabu itu turut membawa tujuh ahli keluarga bukan warga Malaysia, iaitu lima rakyat Thailand, serta masing-masing seorang warga Indonesia dan seorang warga Maghribi.
Kesemua penumpang dilihat mula keluar di Dewan Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada 1.45 tengah hari, dan disambut oleh ahli keluarga yang menunggu sejak awal pagi.
Operasi membawa pulang rakyat Malaysia itu diselaraskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) atas arahan Perdana Menteri Anwar Ibrahim supaya langkah segera diambil bagi memastikan keselamatan dan kebajikan warganegara di kawasan konflik sentiasa terpelihara.
Pesawat Airbus A330-300 berkenaan sebelum ini berangkat dari KLIA pada 4.10 petang, Selasa, dan selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah pada 8.35 malam waktu tempatan.
Misi berkenaan hanya diperuntukkan tempoh masa yang singkat oleh pihak berkuasa tempatan di Jeddah bagi proses pengambilan penumpang sebelum berangkat pulang ke tanah air.
Penerbangan itu turut disertai petugas media daripada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Ketegangan di Asia Barat dilaporkan meruncing sejak 28 Februari lalu menyusuli serangan Israel dan Amerika Syarikat ke atas Iran, diikuti dengan serangan balas Tehran terhadap kepentingan Amerika di negara Teluk.

Sumber : Bernama/IM/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.