Perang Amerika, Israel dan Iran: Pentadbiran Selat Hormuz pada masa depan mesti ambil kira aspek alam sekitar
Setiap pihak yang mendapat manfaat daripada perkapalan komersil melalui Selat Hormuz mempunyai kewajipan dari segi undang-undang dan moral untuk memulihkan kerosakan alam sekitar. (Gambar fail: Reuters)
Menerusi catatan di akaun X beliau pada Khamis (12 Ogos), Encik Esmaeil menjelaskan peri perlunya menyertakan pertimbangan alam sekitar dalam sebarang pentadbiran Selat Hormuz pada masa depan.
Beliau merujuk kepada video terbaharu yang menunjukkan pencemaran minyak di sepanjang pesisir Pulau Qeshm dengan berkata: āSejak beberapa hari kebelakangan ini, video tersebar menunjukkan pencemaran minyak di sepanjang pantai Pulau Qeshm. Pencemaran ini hanyut ke arah pantai dari Teluk Parsi dan bukti awal menunjukkan sebuah kapal kargo pukal asing sebagai puncanya.
"Pencemaran dikesan di tiga kawasan pantai dan beberapa bahagian permukaan laut.ā
āInsiden ini hanyalah satu contoh yang dapat dilihat daripada pencemaran meluas - sama ada secara terang-terangan mahupun tersembunyi - yang merosakkan perairan Teluk Parsi dan Laut Oman serta ekosistem marin di rantau ini sejak beberapa dekad lalu, sekali gus menyebabkan kerugian berjumlah beberapa trilion dolar kepada kawasan pantai Iran,ā kata Encik Esmaeil.
Beliau mempersoalkan pihak yang sepatutnya bertanggungjawab membayar pampasan bagi kerosakan itu, sambil bertanya sama ada beban berkenaan perlu ditanggung oleh negara yang menggunakan eksport tenaga murah dari rantau itu, syarikat insurans perkapalan atau pihak penceroboh serta sekutu mereka yang menjadikan Teluk Parsi dan Laut Oman sebagai medan operasi ketenteraan dan lokasi ujian senjata pemusnah berkuasa tinggi.
āSebagai negara yang mempunyai garis pantai terpanjang di sepanjang Teluk Parsi dan Laut Oman, Iran tidak boleh berdiam diri. Setiap pihak yang mendapat manfaat daripada perkapalan komersil melalui Selat Hormuz mempunyai kewajipan dari segi undang-undang dan moral untuk memulihkan kerosakan alam sekitar yang berlaku di Teluk Parsi dan Laut Oman,ā katanya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.