Perang Amerika, Israel dan Iran: Penggodam Iran ceroboh emel Pengarah FBI; dedah gambar dan dokumen
Anggaran Waktu Membaca:
Penggodam itu menyatakan bahawa Pengarah FBI Kash Patel kini tersenarai sebagai “mangsa yang berjaya digodam”. (Gambar: Reuters)
WASHINGTON: Penggodam yang dikaitkan dengan Iran dilaporkan menceroboh peti masuk (inbox) emel peribadi Pengarah FBI, Kash Patel, sebelum menyebarkan beratus-ratus gambar serta dokumen di internet.
Kumpulan yang menggelar diri mereka Handala Hack Team mengumumkan kejayaan pencerobohan itu di laman web mereka, lapor Reuters.
Kumpulan berkenaan memuat naik beberapa gambar peribadi Encik Patel, termasuk ketika beliau menghisap dan menghidu cerut, menaiki kereta antik serta berswafoto sambil memegang botol arak bersaiz besar.
Kumpulan itu turut menyatakan bahawa Encik Patel kini tersenarai sebagai “mangsa yang berjaya digodam”.
FBI mengesahkan emel Encik Patel menjadi sasaran serangan siber berkenaan.
Jurucakapnya, Ben Williamson, berkata langkah mitigasi sudah diambil dan menegaskan maklumat yang terdedah adalah data lama yang “tidak melibatkan sebarang maklumat pemerintah”.
Google selaku pengendali Gmail belum memberikan sebarang respons.
Kumpulan Handala, yang menggelarkan diri sebagai penggodam pro-Palestin, dipercayai oleh penyelidik Barat sebagai salah satu identiti yang digunakan unit risikan siber pemerintah Iran.
Pada 11 Mac lalu, kumpulan sama mendakwa sudah menggodam syarikat peralatan perubatan Stryker dan memadam sejumlah besar pangkalan datanya.
Selain gambar Encik Patel, lebih 300 emel turut diterbitkan, melibatkan kandungan peribadi dan kerja antara 2010 hingga 2019.
Walaupun Reuters tidak dapat mengesahkan ketulenannya, alamat Gmail yang digodam itu sepadan dengan rekod pendedahan data lampau yang disimpan firma risikan gelap District 4 Labs.
Serangan ini berlaku sedang kumpulan penggodam dikaitkan Iran semakin berani menunjukkan operasi mereka sejak Amerika Syarikat dan Israel melancarkan serangan ketenteraan terhadap Iran bulan lalu.
Handala turut mendakwa sudah menerbitkan data peribadi berpuluh-puluh pekerja syarikat pertahanan Lockheed Martin yang ditempatkan di Timur Tengah.
Ketua kakitangan syarikat keselamatan siber Israel, Check Point, Gil Messing, berkata tindakan terhadap Encik Patel adalah sebahagian strategi Iran untuk memalukan pegawai A,erola serta “menjadikan mereka berasa terdedah”.
Beliau menyifatkan Iran kini “menggunakan apa sahaja yang mereka ada”.
Pencerobohan peti emel peribadi pegawai kanan bukan perkara baharu. Antara insiden terkenal ialah penggodaman akaun John Podesta pada 2016 serta pencerobohan akaun AOL milik mantan Pengarah CIA, John Brennan, pada 2015.
Penilaian risikan Amerika Syarikat sebelum ini turut menyatakan Iran berkemungkinan melakukan serangan siber berskala rendah sebagai tindak balas terhadap pembunuhan Ayatollah Ali Khamenei.

Sumber : Bernama/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.