Skip to main content

Dunia

Perang Amerika, Israel dan Iran: Penduduk Tehran berhimpun setiap hari tunjuk sokongan kepada pemerintah

Anggaran Waktu Membaca:
Perang Amerika, Israel dan Iran: Penduduk Tehran berhimpun setiap hari tunjuk sokongan kepada pemerintah

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 30 May 2026 05:58PM Dikemas Kini : 30 May 2026 05:59PM
TEHRAN: Penduduk Tehran berkumpul di dataran tengah ibu negara Iran selama hampir 90 hari sejak bermulanya konflik dengan Amerika Syarikat-Israel, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Orang ramai menganjurkan perhimpunan patriotik untuk menyokong pemerintah sedang proses rundingan dengan Washington sedang berjalan, seorang wartawan RIA Novosti melaporkan.

Puluhan keluarga berkumpul di Dataran Valiasr di tengah Tehran.

Para peserta dalam bantahan harian mengibarkan bendera kebangsaan dan simbol pergerakan Syiah Lubnan Hezbollah, serta melaungkan slogan anti-Amerika dan anti-Israel.

Acara serupa dianjurkan di lokasi utama lain di seluruh bandar. Khemah-khemah didirikan di sepanjang jalan bulatan, di sesetengahnya, ahli teologi sedang berucap, manakala yang lain, sukarelawan menghidangkan teh kepada hadirin atau melukis kartun tentang Amerika dan Israel dalam konteks konfrontasi semasa.

Di hadapan satu bangunan, pihak berkuasa tempatan meletakkan poster yang menggambarkan wajah seorang lelaki menyerupai Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.

Bibir karikatur itu secara simbolik "ditutup” oleh Selat Hormuz.

Pada 28 Feb, Amerika dan Israel melancarkan serangan ke atas di Iran, menyebabkan kerosakan dan korban awam.

Pada 7 April, Washington dan Tehran mengumumkan gencatan senjata selama dua minggu. Rundingan berikutnya di Islamabad berakhir tanpa kata putus dan Washington memulakan sekatan ke atas pelabuhan Iran.

Presiden Donald Trump kemudiannya melanjutkan pemberhentian permusuhan untuk memberi masa kepada Iran mengemukakan cadangan damai.
Sumber : Bernama/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita