Perang Amerika, Israel dan Iran: Pelancong China terjejas pembatalan banyak penerbangan ke Asia Tenggara; laluan ke SG turut terkesan
Anggaran Waktu Membaca:
Pelancong di Lapangan Terbang Antarabangsa Ibu Kota Beijing di China, 1 Okt 2025. (Gambar: CNA/Hu Chushi)
SINGAPURA: Para pelancong dari China yang sedang bersiap sedia untuk cuti Hari Buruh pada bulan Mei ini berdepan dengan gelombang pembatalan penerbangan mengejut bagi laluan antara China dengan Asia Tenggara, serta destinasi lain. Hal ini berlaku kerana syarikat-syarikat penerbangan mengurangkan jadual penerbangan berikutan lonjakan kos bahan api akibat perang Amerika Syarikat-Iran yang semakin meruncing.
Pelancong China mula berkongsi rancangan mereka yang terganggu dan keluh-kesah di media sosial. Seorang pelancong, Wang Qiang, 29 tahun, yang sepatutnya terbang ke Vietnam dari Qingdao pada 1 Mei, memberitahu Mediacorp bahawa penerbangannya menaiki Shandong Airlines dibatalkan tanpa sebarang penjelasan.
Wang pada asalnya merancang untuk melawat Hanoi dan kemudian ke Bangkok sebelum terbang ke Guangzhou untuk menguruskan visa perjalanan ke Amerika Syarikat. Beliau kini diberikan tempahan semula untuk penerbangan ke Hanoi melalui Shanghai. "Sekurang-kurangnya masalah selesai," katanya sambil menambah bahawa waktu penerbangan baharu itu sebenarnya lebih baik.
Bagaimanapun, ramai pelancong lain tidak bernasib baik seperti Wang. Seorang pengguna Xiaohongshu dengan nama Dianzi berkata penerbangannya dari Chongqing ke Ho Chi Minh pada 30 April dibatalkan tanpa amaran. Penerbangan pulangnya juga dibatalkan. Beliau mengalami kerugian tambahan kerana sudah menempah penginapan di Pulau Phu Quoc dua bulan lebih awal. Walaupun mendapat bayaran balik penuh, harga tiket alternatif melonjak kepada lebih 5,000 yuan(S$932) berbanding 2,200 yuan (S$410) yang dibayar asalnya.
LALUAN UTAMA TERJEJAS
Penutupan Selat Hormuz, iaitu salah satu laluan tenaga paling kritikal di dunia, menjadikan perang di Timur Tengah sebagai krisis ekonomi bagi Asia. Para pakar berkata Asia Tenggara adalah destinasi utama bagi pelancong China, terutamanya Thailand, Malaysia, dan Vietnam.
Semakan Mediacorp menunjukkan banyak pembatalan penerbangan antara China dengan destinasi Asia Tenggara sejak awal April, termasuk laluan antara Xi’an dan Phuket, serta Xiamen dan Vientiane, ibu kota Laos.
Syarikat penerbangan Air China membatalkan semua penerbangan antara Chengdu dengan Kuala Lumpur dari 7 April hingga 30 Jun.
Syarikat Spring Airlines, China Eastern, dan China Southern turut membatalkan beberapa penerbangan ke Asia Tenggara semasa cuti Hari Buruh pada bulan Mei.
AirAsia Malaysia pula menggantung dua laluan antara Bangkok dengan Shanghai serta Xi’an.
Beberapa penerbangan ke Singapura juga terjejas. Juneyao Air dan Sichuan Airlines membatalkan beberapa penerbangan ke Lapangan Terbang Changi antara hujung April hingga awal Mei.
Setakat ini, penerbangan Singapore Airlines (SIA) antara bandar-bandar di China dan Asia Tenggara belum terjejas.
SYARIKAT PENERBANGAN TAMBANG JIMAT PALING TERKESAN
Para pakar menyatakan syarikat penerbangan tambang jimat (LCC) adalah yang paling teruk terjejas kerana mereka biasanya tidak membuat kontrak lindung nilai kos bahan api.
Bagi syarikat seperti Batik Air, kos bahan api jet biasanya merangkumi 30 peratus kos operasi, tetapi kini meningkat kepada hampir 50 peratus akibat krisis ini. Dengan keuntungan yang kecil, mereka tidak mampu meneruskan semua penerbangan kerana akan menanggung kerugian.
Cathay Pacific dan anak syarikat tambang jimatnya, HK Express, turut membatalkan beberapa penerbangan antara Mei dan Jun bagi mengurangkan beban kos bahan api yang menjulang sejak Mac.
MASA DEPAN TIDAK MENENTU
Para pakar memberi amaran bahawa sukar untuk meramal sama ada gangguan ini akan bertambah teruk, kerana ia bergantung kepada perkembangan perang di Timur Tengah. Walaupun Selat Hormuz dibuka semula esok (18 Apr), kapal tangki minyak memerlukan masa berminggu-minggu untuk sampai ke pelabuhan di Asia. Bekalan bahan api jet dijangka akan menjadi lebih kritikal sebelum ia pulih.
PELANCONG BERALIH KE EROPAH
Disebabkan ketidaktentuan ini, permintaan pelancong China mula beralih ke Eropah. Syarikat penerbangan China seperti China Eastern dilaporkan menambah kekerapan penerbangan ke destinasi Eropah sehingga 410 penerbangan seminggu bagi musim panas-luruh akan datang.
Kelebihan syarikat penerbangan China adalah mereka masih boleh terbang merentasi ruang udara Rusia, yang memberikan masa penerbangan lebih singkat dan kos operasi lebih rendah berbanding syarikat penerbangan Eropah.
Para pakar merumuskan bahawa pelancongan tambang jimat untuk orang ramai mungkin mengambil masa paling lama untuk pulih, dan strategi pemasaran mungkin akan beralih kepada segmen pelancongan kelas pertengahan dan mewah.

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.