Perang Amerika, Israel dan Iran: PBB sedia bantu kurangkan ketegangan di Timur Tengah
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres menyatakan bahawa PBB bersedia menyumbang kepada usaha untuk meredakan ketegangan di Timur Tengah serta memastikan perlindungan terhadap Selat Hormuz yang strategik, menurut Agensi Berita Qatar (QNA).
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres. (Gambar fail: REUTERS)
Beliau menjelaskan bahawa PBB sebelum ini memainkan peranan penting dalam memudah cara Inisiatif Laut Hitam yang membolehkan eksport makanan dan baja Ukraine melalui koridor kemanusiaan bermula Julai 2022.
Encik Guterres menambah bahawa matlamat utamanya adalah untuk menilai sama ada keadaan yang sama boleh diwujudkan di Selat Hormuz. Beliau berkata PBB ketika ini sedang berhubung dengan pihak-pihak berkepentingan di rantau Teluk serta Majlis Eropah.
Beliau turut berkata walaupun konteks dan penyelesaian mungkin berbeza, PBB bersedia membantu dan mempunyai pasukan yang bersedia untuk menguruskan usaha tersebut, sambil menekankan keutamaan untuk bekerjasama secara langsung dengan Amerika Syarikat dan rakan-rakan lain.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.