Perang Amerika, Israel dan Iran: PBB sambut baik pengumuman perjanjian damai Amerika-Iran
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres menyambut baik pengumuman bahawa Amerika Syarikat dan Iran telah mencapai persetujuan mengenai perjanjian damai.
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menyambut baik pengumuman perjanjian damai antara Amerika Syarikat dan Iran. (Gambar: REUTERS)
- Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres menyambut baik persetujuan damai antara Amerika Syarikat dan Iran yang diumumkan pada 14 Jun.
- Perjanjian ini meliputi gencatan senjata serta-merta, pembukaan semula Selat Hormuz, dan rangka kerja untuk rundingan lanjut.
- PBB menghargai peranan negara seperti Pakistan, Qatar, Mesir, Arab Saudi, Turki dan negara serantau lain dalam membantu proses rundingan.
- PBB menegaskan kesediaan untuk terus menyokong usaha ke arah keamanan yang berkekalan dan menyeluruh.
Perjanjian itu merangkumi gencatan senjata serta-merta dan berkekalan, pembukaan semula Selat Hormuz serta rangka kerja bagi rundingan lanjut, kata jurucakapnya pada Ahad (14 Jun).
"Ini mewakili langkah penting ke arah penyelesaian konflik secara aman," kata jurucakap Stephane Dujarric dalam satu kenyataan.
Menurut kenyataan itu, pemimpin PBB menyatakan penghargaan atas peranan membina yang dimainkan oleh Pakistan, Qatar, Mesir, Arab Saudi, Turki dan negara serantau lain dalam membantu rundingan yang membawa kepada perjanjian damai tersebut.
"Setiausaha Agung berharap pihak-pihak terlibat akan memanfaatkan momentum baharu ini dan menggandakan usaha mereka ke arah penyelesaian muktamad konflik," tambah beliau.
"Setiausaha Agung menegaskan semula bahawa PBB bersedia untuk menyokong pihak-pihak terlibat dalam mencapai keamanan yang berdaya tahan dan menyeluruh."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.