Perang Amerika, Israel dan Iran: PBB beri amaran risiko kelaparan meningkat jika sekatan Selat Hormuz berterusan
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) António Guterres memberi amaran bahawa 45 juta lagi penduduk berisiko mengalami kelaparan sekiranya sekatan di Selat Hormuz tidak ditarik balik menjelang pertengahan tahun, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) António Guterres. (Gambar: REUTERS/Mohamed Azakir)
- António Guterres, Setiausaha Agung PBB, memberi amaran tentang risiko kelaparan kepada 45 juta orang jika sekatan di Selat Hormuz tidak ditarik balik menjelang pertengahan tahun.
- Beliau menggesa semua pihak membuka semula laluan perairan penting itu demi kestabilan global.
- Konflik antara Amerika Syarikat, Israel dan Iran menyebabkan sekatan yang menjejaskan hak pelayaran serta kebebasan pergerakan di Selat Hormuz.
- Guterres menekankan bahawa walaupun sekatan ditarik balik segera, pemulihan rantaian bekalan global akan mengambil masa dan ekonomi dunia tetap terjejas.
Bercakap kepada para pemberita di ibu pejabat PBB di New York, Encik Guterres menggesa semua pihak supaya segera membuka semula laluan perairan penting itu.
Beliau berkata perang membabitkan Amerika Syarikat dan Israel di satu pihak serta Iran di pihak lain kini memasuki bulan ketiga, sambil menambah keadaan terus merosot dari semasa ke semasa meskipun gencatan senjata berkuat kuasa.
Encik Guterres turut menyuarakan kebimbangan terhadap sekatan yang menjejas hak pelayaran dan kebebasan pergerakan di kawasan Selat Hormuz.
Beliau berkata situasi semasa “menjerut ekonomi global” dan memberi amaran kesannya akan berpanjangan serta dirasai di seluruh dunia.
Encik Guterres berkata walaupun sekatan itu ditarik balik dengan segera, rantaian bekalan global masih memerlukan beberapa bulan untuk pulih.
Beliau menegaskan keadaan berterusan itu berkemungkinan menaikkan harga dan memperlahankan pertumbuhan ekonomi global.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.