Skip to main content

Dunia

Perang Amerika, Israel dan Iran: Pahang bakal laksana dasar WFH dua hari seminggu

Anggaran Waktu Membaca:
Perang Amerika, Israel dan Iran: Pahang bakal laksana dasar WFH dua hari seminggu

(Gambar: Unsplash)

New: You can now listen to articles.

This audio is generated by an AI tool.

Diterbitkan : 01 Apr 2026 07:32PM Dikemas Kini : 01 Apr 2026 07:33PM
KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang akan melaksanakan dasar bekerja dari rumah (WFH) selama dua hari seminggu secara giliran kepada penjawat awam negeri berkuat kuasa mulai minggu hadapan.

Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail berkata keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri selepas mengambil kira keresahan rakyat serta cabaran peningkatan kos sara hidup ketika ini berikutan perang di Timur Tengah.

“Pelaksanaan dasar ini akan dibuat secara tersusun dan berjadual tanpa menjejas kecekapan operasi serta penyampaian perkhidmatan kerajaan negeri kepada rakyat. Ketua-ketua jabatan dan agensi akan menyelaras pelaksanaannya berdasarkan keperluan perkhidmatan serta fungsi jabatan masing-masing,” katanya pada sidang media di Pusat Pentadbiran Sultan Ahmad Shah di Kuantan pada Rabu (1 Apr).

Beliau turut berharap kakitangan awam negeri terus mengekalkan disiplin, integriti dan daya penghasilan yang tinggi sepanjang pelaksanaan dasar berkenaan.

Wan Rosdy berkata pelaksanaan dasar itu akan dipantau melalui prosedur operasi standard (SOP) tertentu bagi memastikan tiada gangguan terhadap daya penghasilan serta mengelakkan sebarang kekosongan dalam penyampaian perkhidmatan.

“Dasar itu akan ditentukan berdasarkan keadaan semasa dan boleh disemak semula apabila keadaan kembali pulih. Kita telah pun laksanakan dasar itu semasa pandemik COVID-19, mungkin ada peningkatan yang kita akan laksanakan,” katanya.

Beliau turut menggalakkan pihak swasta, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), badan berkanun serta majikan lain untuk meneliti pendekatan kerja yang lebih fleksibel termasuk pelaksanaan dasar bekerja dari rumah, mengikut kesesuaian operasi masing-masing.
Sumber : Bernama/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita