Skip to main content

Dunia

Perang Amerika, Israel dan Iran: Operasi Amerika buka semula Selat Hormuz 'digantung seketika' bagi permudah usaha tamatkan perang Iran

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata pada Selasa (5 Mei) bahawa operasi Amerika untuk membuka semula Selat Hormuz, yang digelarkan "Project Freedom" akan digantung buat seketika, untuk melihat sama ada sebuah perjanjian dapat dimuktamadkan dan ditandatangani, walaupun kepungan terhadap pelabuhan Iran kekal berkuat kuasa.

Anggaran Waktu Membaca:
Perang Amerika, Israel dan Iran: Operasi Amerika buka semula Selat Hormuz 'digantung seketika' bagi permudah usaha tamatkan perang Iran

USS Rafael Peralta (DDG 115) berhampiran apa yang Markas Pusat Amerika berkata adalah sebuah kapal yang cuba belayar ke sebuah pelabuhan Iran (Gambar fail: Markas Pusat Amerika via Reuters)

Diterbitkan : 06 May 2026 07:55AM Dikemas Kini : 06 May 2026 07:56AM
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata pada Selasa (5 Mei) bahawa operasi Amerika untuk membuka semula Selat Hormuz, yang digelarkan "Project Freedom" akan digantung buat seketika, untuk melihat sama ada sebuah perjanjian dapat dimuktamadkan dan ditandatangani, walaupun kepungan terhadap pelabuhan Iran kekal berkuat kuasa.

"Kami telah sama-sama bersetuju bahawa, walaupun kepungan itu kekal berkuat kuasa sepenuhnya, Project Freedom, akan digantung buat seketika waktu untuk melihat sama ada satu perjanjian dapat dimuktamadkan dan ditandatangani," kata Encik Trump dalam satu catatan di Truth Social.

Beliau menukil pemintaan dari pengantara utama, Pakistan dan negara-negara lain sebagai salah satu sebab bagi penggantungannya.

"Kejayaan ketenteraan luar biasa" Amerika Syarikat dan "kemajuan besar" yang dicapai dalam mencapai persetujuan dengan Iran juga faktor-faktor yang membawa kepada keputusan itu, katanya.

Setiausaha Negara Marco Rubio berkata pada Selasa bahawa Amerika Syarikat telah selesai menjalankan operasi ketenteraan terhadap Iran, walaupun Washington memberi amaran ia bersedia melancarkan tindak balas "dahsyat" terhadap sebarang serangan baharu ke atas kapal-kapal di Selat Hormuz.
Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita