Perang Amerika, Israel dan Iran: NATO kerjasama dengan Amerika untuk fahami butiran pengunduran tentera di Jerman
Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) pada Sabtu (2 Mei) memaklumkan bahawa ia sedang bekerjasama dengan Washington untuk memahami keputusan Amerika Syarikat mengundurkan tenteranya dari Jerman, lapor Anadolu Ajansi (AA).
NATO sedang bekerjasama dengan Washington untuk memahami keputusan Amerika Syarikat mengundurkan tenteranya dari Jerman. (Gambar fail: NATO)
This audio is generated by an AI tool.
“Kami sedang bekerjasama dengan Amerika Syarikat untuk memahami butiran keputusan mereka mengenai kedudukan penempatan ketenteraan di Jerman,” kata jurucakapnya Allison Hart menerusi platform X.
Beliau berkata pelarasan itu “menekankan keperluan Eropah untuk terus meningkatkan pelaburan dalam pertahanan dan memikul tanggungjawab yang lebih besar” terhadap keselamatan bersama.
“Kami tetap yakin dengan keupayaan kami untuk memastikan keupayaan pencegahan dan pertahanan ketika peralihan ke arah Eropah yang lebih kuat dalam NATO yang lebih kukuh ini berterusan,” tambah Cik Hart.
Ketua pertahanan Amerika Syarikat mengarahkanpengunduran kira-kira 5,000 anggota tentera dari Jerman, menurut jurucakap Pentagon pada Jumaat.
Awal minggu ini, Presiden Donald Trump berkata Amerika Syarikat sedang menilai kemungkinan pengurangan kehadiran tenteranya di Jerman menyusuli perselisihan dalam NATO berhubung perangnya terhadap Iran.
Kenyataan itu dibuat selepas Canselor Jerman Friedrich Merz pada Isnin mengkritik Amerika Syarikat kerana tidak mempunyai strategi keluar bagi perang Iran, sambil berkata bahawa rakyat Amerika “diperlekeh” oleh rejim Iran dalam rundingan.
LAPORAN BERKAITAN:
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.