Perang Amerika, Israel dan Iran: Mojtaba Khamenei miliki akaun premium di platform X milik Elon Musk
Pemimpin tertinggi baharu Iran, Ayatollah Mojtaba Khamenei, kini mempunyai akaun yang “disahkan” di X, platform media sosial berpengaruh yang dimiliki oleh Elon Musk.
Anggaran Waktu Membaca:
- Ayatollah Mojtaba Khamenei, pemimpin tertinggi baharu Iran, membuka akaun X yang disahkan dan memuat naik catatan mengenai konflik dengan Amerika Syarikat dan Israel.
- Beliau menggesa negara jiran Iran di Timur Tengah menjelaskan pendirian serta meminta pangkalan tentera Amerika Syarikat ditutup.
- Tech Transparency Project (TTP) dan Katie Paul mengkritik X kerana membenarkan akaun premium kepada entiti Iran yang dikenakan sekatan.
- SpaceX dan xAI, milik Elon Musk, tidak memberi sebarang ulasan mengenai akaun baharu Mojtaba Khamenei di X.
TEHRAN: Pemimpin tertinggi baharu Iran, Ayatollah Mojtaba Khamenei, kini mempunyai akaun yang “disahkan” di X, platform media sosial berpengaruh yang dimiliki oleh Elon Musk.
Mojtaba Khamenei, yang menggunakan nama pengguna @Rahbarenghelab_, pada Khamis (13 Mac) memuat naik beberapa catatan berhubung perang terhadap Iran oleh Amerika Syarikat dan Israel, serta tindak balas Iran terhadap konflik tersebut.
“Saudara-saudara pejuang yang dikasihi! Hasrat rakyat ialah agar pertahanan kita berkesan dan membuat musuh kesal diteruskan. Selain itu, langkah menyekat Selat Hormuz mesti terus dilaksanakan,” tulis Mojtaba Khamenei dalam catatannya kepada lebih 44,000 pengikutnya di X. Semua catatan itu diterjemahkan oleh X daripada bahasa Parsi.
“Saya memberi jaminan kepada semua bahawa kami tidak akan melupakan pembalasan bagi darah para syuhada anda,” tulis beliau dalam satu lagi catatan.
Selain membincangkan Selat Hormuz, Mojtaba Khamenei turut menggesa negara-negara yang berjiran dengan Iran di Timur Tengah supaya “menjelaskan pendirian mereka” dan meminta negara-negara yang menempatkan pangkalan tentera Amerika Syarikat supaya menutupnya.
Mojtaba Khamenei dipilih sebagai pemimpin tertinggi Iran yang baharu awal minggu ini bagi menggantikan bapanya, Ayatollah Ali Khamenei, yang terbunuh dalam serangan pada hari pertama perang, 28 Februari.
Pengarah Tech Transparency Project (TTP), Katie Paul, mengecam tindakan yang membolehkan Mojtaba Khamenei memiliki akaun X. TTP pada Februari mengeluarkan laporan yang mendapati terdapat akaun-akaun X atas nama para pegawai Iran, agensi pemerintah dan media milik negara yang mempunyai tanda semak biru, yang menunjukkan bahawa mereka merupakan pelanggan khidmat premium X.
“Sepanjang tiga tahun lalu Tech Transparency Project berulang kali menegaskan bahawa X meraih keuntungan dengan menyediakan langganan premium kepada entiti yang dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat — banyak daripadanya terkait dengan pengganasan — yang berpotensi melanggar undang-undang sekatan Amerika Syarikat,” kata Cik Paul kepada CNBC dalam kiriman emel.
“Sekarang perkara itu berlaku dengan pemimpin sebuah negara yang sedang berperang secara aktif dengan Amerika Syarikat,” tambah beliau.
Syarikat penerokaan angkasa milik Musk, SpaceX, yang memiliki X serta syarikat kecerdasan buatan xAI, tidak menjawab permintaan untuk mengulas tentang akaun baharu Mojtaba Khamenei di rangkaian sosial tersebut. Akaun itu mempunyai tanda semak biru yang dikhaskan bagi pengguna “premium”.

Sumber : Agensi berita/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.