Skip to main content

Dunia

Perang Amerika, Israel dan Iran: Menteri Minyak Iran letak jawatan

Anggaran Waktu Membaca:
Perang Amerika, Israel dan Iran: Menteri Minyak Iran letak jawatan

Mohsen Paknejad ketika hadir pada satu majlis di Mosko, Rusia pada 25 April 2025. (Gambar fail: REUTERS)

Diterbitkan : 05 Oct 2026 10:11AM
US, Israel and Iran war: Iran Oil Minister resigns
  • Iran Oil Minister Mohsen Paknejad resigned, and President Masoud Pezeshkian accepted the decision before Hamid Bovard was appointed acting head of the Ministry.
  • Mehdi Tabatabaei said Bovard would handle the Ministry's affairs, with experience as head of NIOC and in oilfield operations.
  • No reason for the resignation was given, but it came as Iran faces pressure from US sanctions targeting its oil and finances.
  • Broader tensions involve the US-Israel war with Iran, the closure of the Strait of Hormuz, the siege of ports, and peace efforts since June.
Dijana oleh AI
ISTANBUL: Menteri Minyak Iran Mohsen Paknejad meletak jawatan dan Hamid Bovard dilantik memangku jawatan itu, lapor agensi berita Tasnim pada Ahad (4 Okt) dengan memetik seorang pegawai presiden, menurut Anadolu Ajansi.

Timbalan Ketua Komunikasi Pejabat Presiden Iran Mehdi Tabatabaei berkata Presiden Masoud Pezeshkian sudah menerima peletakan jawatan Encik Mohsen Paknejad.

Menurut Encik Mehdi Tabatabaei, Encik Hamid Bovard akan mengendalikan ehwal kementerian berkenaan.

Tiada sebab diberikan berhubung peletakan jawatan Encik Mohsen Paknejad, yang berlaku ketika Iran berdepan sekatan Amerika Syarikat yang belum pernah dikuatkuasan sedemikian sebelum ini, khususnya yang menyasarkan sektor minyak negara itu.

Encik Hamid Bovard sebelum ini berkhidmat sebagai ketua Syarikat Minyak Nasional Iran (NIOC) milik pemerintah dan menghabiskan sebahagian besar kerjayanya dalam operasi medan minyak.

Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat Scott Bessent pada Sabtu berkata Iran tidak lagi mempunyai penghantaran minyak di laut dan tidak akan memperoleh sebarang hasil minyak minggu ini.

Pada 25 Ogos, Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat mengumumkan pelancaran "Operasi Economic Outcast", iaitu kempen meluas yang bertujuan untuk mengasingkan Iran sepenuhnya daripada sistem kewangan global.

Amerika Syarikat dan Israel melancarkan perang terhadap Iran pada 28 Februari. Tehran bertindak balas dengan serangan peluru berpandu dan dron di seluruh rantau itu serta menutup Selat Hormuz, laluan strategik bagi bekalan tenaga. Tentera Amerika Syarikat kemudian mengenakan kepungan tentera laut ke atas pelabuhan Iran.

Usaha untuk menamatkan perang itu diteruskan sejak perjanjian rangka kerja pada Jun lalu yang bertujuan untuk membuka jalan kepada perjanjian damai muktamad meliputi pelayaran melalui laluan air strategik itu dan program nuklear Iran.
Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita