Perang Amerika, Israel dan Iran: Menteri Ehwal Luar Saudi, Iran bincang ketegangan serantau
Menteri Ehwal Luar Arab Saudi mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatannya dari Iran berhubung peningkatan ketegangan konflik serantau baru-baru ini serta usaha meredakan keadaan, lapor agensi berita rasmi Arab Saudi pada Ahad (11 Okt).
Menteri Ehwal Luar Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan Al Saud, berucap pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-81 di ibu pejabat PBB di New York, Amerika Syarikat, pada 26 September 2026. (Gambar: REUTERS/Eduardo Munoz)
- The Saudi Arabian and Iranian Ministers for Foreign Affairs discussed rising regional tensions, according to a report by Saudi Arabia's state news agency on Sunday, Oct 11.
- The exchange was reported to be the first open communication between the two officials since the Iran-backed Houthis stepped up attacks on Saudi Arabia.
- Iran's Minister for Foreign Affairs said on Telegram that Tehran was ready to help facilitate dialogue between Saudi Arabia and Yemen to ease the situation.
- The Houthis launched several attacks over the past week, including one at Riyadh international airport on Saturday that killed 13 people and injured over 300.
- Menteri Ehwal Luar Arab Saudi dan Iran berbincang mengenai ketegangan serantau yang meningkat, menurut laporan agensi berita rasmi Arab Saudi pada Ahad, 11 Okt.
- Hubungan ini dilaporkan sebagai komunikasi terbuka pertama antara kedua-dua pegawai sejak Houthi yang disokong Iran meningkatkan serangan terhadap Arab Saudi.
- Menteri Ehwal Luar Iran menyatakan melalui Telegram bahawa Tehran bersedia membantu memudahkan dialog antara Arab Saudi dan Yaman bagi meredakan keadaan.
- Houthi melancarkan beberapa serangan sepanjang minggu lalu, termasuk di lapangan terbang antarabangsa Riyadh pada Sabtu yang mengorbankan 13 orang dan mencederakan lebih 300.
Ini merupakan hubungan pertama antara kedua-dua pegawai yang dilaporkan secara terbuka sejak kumpulan Houthi yang disokong Iran memperhebat serangan terhadap Arab Saudi.
Menteri Ehwal Luar Iran pula berkata Tehran bersedia memberikan sebarang bantuan bagi memudahkan dialog antara Arab Saudi dengan Yaman, menurut satu catatan di akaun Telegram beliau.
Kumpulan Houthi di Yaman melancarkan beberapa serangan terhadap Arab Saudi sepanjang minggu lalu, termasuk serangan ke atas lapangan terbang antarabangsa Riyadh pada Sabtu yang meragut 13 nyawa dan mencederakan lebih 300 orang.
Serangan tersebut merupakan yang paling dahsyat di Arab Saudi dalam tempoh lebih sedekad.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.