Perang Amerika, Israel dan Iran: Malaysia laksana dasar WFH bagi sektor awam, syarikat berkaitan kerajaan mulai 15 Apr
Anggaran Waktu Membaca:
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia pada Rabu (1 Apr) mengumumkan pelaksanaan dasar bekerja dari rumah (WFH) bagi sektor awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bermula 15 April depan sebagai langkah proaktif dalam mendepani krisis tenaga global.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menerusi mesej video berkata keputusan itu, yang dicapai dalam Mesyuarat Jemaah Menteri, bertujuan mengurangkan penggunaan bahan api dan memastikan kemampanan bekalan tenaga negara yang terkesan akibat perang di Timur Tengah.
Beliau berkata ketegangan melibatkan Israel, Amerika Syarikat dan Iran itu menjejas rantaian bekalan global, namun Malaysia masih mampu bertahan dengan mengekalkan harga petrol RON95 pada RM1.99 (S$0.64) seliter buat masa ini.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.