Perang Amerika, Israel dan Iran: Macron gesa Iran runding dengan 'niat baik'
Presiden Perancis Emmanuel Macron memaklumkan beliau sudah pun menghubungi Presiden Iran, Masoud Pezeshkian dan menggesa Tehran supaya menghentikan serangan terhadap negara‑negara Teluk.
Encik Macron turut menekankan pentingnya memulihkan kebebasan pelayaran di Selat Hormuz serta melindungi prasarana tenaga dan kemudahan awam.
Encik Macron turut menggesa Iran supaya menyertai rundingan dengan “niat baik”, sambil menambah bahawa langkah tersebut mampu membuka ruang ke arah meredakan ketegangan yang semakin meruncing, lapor Astro Awani.
Sementara itu, Presiden Israel Isaac Herzog turut memaklumkan bahawa beliau sudah pun berbual dengan Macron.
Dalam satu kenyataan di media sosial, pejabat beliau menerangkan bahawa Encik Herzog menegaskan pentingnya meneruskan operasi ketenteraan Israel bagi menghalang Iran daripada memiliki senjata nuklear serta melumpuhkan kemampuan peluru berpandunya, menurut Astro Awani.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.