Skip to main content

Dunia

Perang Amerika, Israel dan Iran: Laluan Selat Hormuz masih terhenti meski gencatan senjata dicapai

Anggaran Waktu Membaca:
Perang Amerika, Israel dan Iran: Laluan Selat Hormuz masih terhenti meski gencatan senjata dicapai

Sebuah peta yang menunjukkan Selat Hormuz. (Gambar fail: Reuters/Dado Ruvic)

Diterbitkan : 09 Apr 2026 09:37AM Dikemas Kini : 09 Apr 2026 09:39AM
ISTANBUL: Trafik kapal di Selat Hormuz masih berada dalam keadaan terhenti walaupun ketegangan di Timur Tengah mereda sedikit selepas gencatan senjata dicapai, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Penyedia data trafik kapal melaporkan pergerakan di selat itu kekal tidak berubah, manakala laman penjejakan kapal tangki global, TankerTrackers menyatakan: “Kami tidak melihat banyak pergerakan berlaku.”

Visual berasaskan satelit oleh TankerTrackers menunjukkan tiada kapal tangki melalui selat itu sejak bermulanya gencatan senjata.

Satu lagi penjejak kapal MarineTraffic menyatakan hanya dua kapal yang melalui selat itu setakat Rabu (8 Apr); sebuah kapal kargo pukal milik Greece, NJ Earth dan sebuah kapal berdaftar di Liberia, Daytona Beach.

Selat itu, yang biasanya menyaksikan lebih 100 kapal melaluinya setiap hari, sebahagian besarnya ditutup oleh Iran menyusuli perang yang dimulakan oleh Amerika Syarikat dan Israel, menyebabkan trafik harian merosot kepada hanya beberapa kapal sahaja.

Kira-kira 20 peratus penghantaran gas asli cecair (LNG) global dan 20 juta tong minyak melalui selat itu, selain komoditi-komoditi penting bagi sektor pertanian dan pengilangan.
Sumber : Bernama/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita