Skip to main content

Dunia

Perang Amerika, Israel dan Iran: Laluan selamat Selat Hormuz boleh dicapai dengan berakhirnya ancaman Amerika, kata Iran

Laluan transit yang selamat melalui Selat Hormuz akan dijamin dengan berakhirnya ancaman Amerika Syarikat serta pelaksanaan prosedur baharu.

Anggaran Waktu Membaca:
Perang Amerika, Israel dan Iran: Laluan selamat Selat Hormuz boleh dicapai dengan berakhirnya ancaman Amerika, kata Iran

Kapal-kapal di Selat Hormuz, Musandam, Oman, pada 6 Mei 2026. (Gambar fail: REUTERS)

DUBAI: Laluan transit yang selamat melalui Selat Hormuz akan dijamin dengan berakhirnya ancaman Amerika Syarikat serta pelaksanaan prosedur baharu.

Demikian menurut Tentera Laut Pengawal Revolusi pada Rabu (6 Mei), lapor media negara.

Ini merupakan reaksi pertama Iran selepas Amerika Syarikat menghentikan sementara operasi bagi membantu kapal yang terkandas melalui selat tersebut.

Kenyataan Pengawal Revolusi itu tidak memperincikan apakah prosedur baharu yang dimaksudkan dan turut mengucapkan terima kasih kepada pemilik serta kapten kapal kerana mematuhi peraturan Iran semasa melalui laluan perairan tersebut.

Dalam catatannya di Truth Social selepas komen Iran itu, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata: “Dengan andaian bahawa Iran bersetuju untuk memberikan apa yang telah dipersetujui … ‘Epic Fury’ akan berakhir, dan kepungan yang sangat berkesan itu akan membolehkan Selat Hormuz DIBUKA UNTUK SEMUA, termasuk Iran.”

Beliau menambah bahawa “jika mereka tidak bersetuju, pengeboman akan bermula, dan ia akan … pada tahap serta intensiti yang jauh lebih tinggi berbanding sebelum ini.”
Sumber : Reuters/IM/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita